spot_img

‘Syukur kami ada anugerah terindah’

- Advertisement -

KUALA SELANGOR – Sepasangan suami isteri pasrah dengan ketentuan Ilahi dan berjanji akan menjaga anak mereka yang

menghidap pe­nyakit tulang rapuh dengan sempurna sehingga ke akhir hayat mereka.

Nur Rhoshida Rosli, 34, berkata, dia dan suaminya, Mohd. Nazri Mohd. Anuar, 36, sudah nekad untuk membesarkan anugerah

- Advertisement -

terindah itu de­ngan baik walaupun menyedari Muhammad Adam Mikail, 1, bakal lumpuh seumur hidup.

“Adam (Muhammad Adam Mikail) hanya terbaring dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan,” katanya

ketika ditemui di Taman Senohong, Jeram di sini semalam.

- Advertisement -

Mengimbau semula kejadian itu, Nur Rhoshida berkata, dia pasrah apabila doktor mengesahkan beberapa tulang bayi yang

dikandungnya pada 2019 patah.

“Selepas sebulan melahirkan Adam, doktor mengesahkan anak saya itu mengidap penyakit tulang rapuh.

- Advertisement -

“Adam ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Bayi selama empat bulan sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Tambahnya, anak bongsu daripada empat beradik itu perlu dijaga rapi dan tidak boleh disentuh secara sebara­ngan.

“Adam hanya meminum susu tepung khas dan menggunakan mesin oksigen,” ujarnya.

Menurut Nur Rhoshida, Adam juga akan dijangkiti ruam jika kepanasan.

Sementara itu, Mohd. Nazri berkata, dia memohon orang ramai supaya mendoakan anak­nya.

“Kami akan menjaga dan memberi segala yang terbaik untuk Adam.

“Saya bersyukur kerana dapat bantuan Lembaga Zakat Selangor,” katanya yang berpendapatan RM1,000 sebulan sebagai

pembantu kedai.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun Maybank Mohd. Nazri yang 164306384841 atau ­

menghubungi beliau di talian 014-9753136.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL