spot_img

Apa Kes Ni? Tular Kakitangan Syarikat Kurier Baling Barang Pelanggan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier bertindak membaling barangan di sebuah gudang tular di media sosial sejak semalam.

Dari sudut video itu dirakamkan, kelihatan jel4s seorang pekerja membaling bungkusan-bungkusan barangan, selain disambut teriakan beberapa kakitangan lain seperti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang mula tersebar di garis masa Twitter itu, dan berdasarkan maklum balas yang berangkai-rangkai di media sosial, kakitangan syarikat berkenaan dipercayai bertindak sedemikian sebagai ‘isyarat’ kepada pihak pengurusan selepas tidak berpuas hati dengan soal komisyen dan gaji.

- Advertisement -

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Susulan kejadian tersebut, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi termasuk mengatakan tindakan kakitangan syarikat itu membaling barangan pelanggan disifatkan sebagai tidak wajar.

- Advertisement -

Namun, segelintir mereka berharap syarikat kurier itu boleh menyelesaikan masalah gaji dengan segera, sekali gus tidak menganiaya kakitangan mereka.

Longgokan 'parcel' pelanggan yang masih belum dihantar didakwa di cawangan J&T Perak
Longgokan ‘parcel’ pelanggan yang masih belum dihantar didakwa di cawangan J&T Perak

Sementara itu, sebuah lagi video tular mendakwa kejadian berlaku di cawangan syarikat itu di Perak.

Menerusi video berkenaan kelihatan longgokan ‘parcel‘ di gudang berkenaan yang masih belum dihantar kepada para pelanggan.

- Advertisement -

Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dibuat oleh syarikat itu berkaitan insiden tersebut.

Di laman Facebook rasmi syarikat itu, sekadar terdapat satu muat naik dibuat pada tarikh 5 Februari yang menyatakan tentang hal operasi mereka pada Tahun Baru Cina dan juga hal kelewatan penghantaran.

Kami sedang cuba mendapatkan ulasan mereka.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL