spot_img

‘Alhamdulillah, ‘pergimu’ cukup tenang suamiku’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Balu arwah Muhammad Aizat Adnan, Nor Aziantie Azhar, 29, menzahirkan rasa tenang dan bersyukur urusan

pengebumian suaminya berlangsung lancar di Tanah Perkuburan Islam Putra Perdana Puchong, Selangor, jam 11 pagi Jumaat

lalu.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, saya benar-benar lega apabila segala urusan arwah dipermudahkan malah wajahnya sangat berseri dan

tersenyum, ia memberi kekuatan kepada saya untuk menerima pemergiannya.

“Malah pemergian arwah pada hari yang baik (Jumaat) dan jatuh pada ulang tahun kelahiran saya yang ke 29, saya anggap itulah

- Advertisement -

‘hadiah’ paling bermakna.

“Saat-saat akhir arwah suami juga ditemani ahli keluarga selain dia sempat membuat panggilan video dengan anak tunggal kami,

Muhammad Fatih Andikar, berusia empat tahun, sekitar jam 9.30 malam. Waktu Muhammad Fatih memanggil, suami masih

- Advertisement -

memberi maklum balas walaupun lemah,” katanya.

Tambah Nor Aziantie, Muhammad Fatih tidak sempat menatap wajah terakhir arwah kerana tiba jam 1 petang dari Kuala

Terengganu, Terengganu dengan kedua ibu bapanya.

“Muhammad Fatih dan kedua orang tua saya kemudiannya menziarah kubur. Saya tunjukkan di mana bapanya dikebumikan

selain menerangkan bapanya berada di sana.

“Alhamdulillah, Muhammad Fatih seolah-olah faham dan dia minta saya doakan arwah. Pada saya, itu menjadi penguat kepada

saya untuk fokus kepada masa depan anak tunggal kami,” katanya.

Azientie juga menzahirkan rasa terharu kerana selain keluarga, rakan-rakan arwah baik dalam kalangan kelompok artis suara

latar, komuniti pengumpul permainan dan figura selain rakan sekolah tidak putus memberi sokongan.

“Ramai juga kenalan arwah dalam kalangan pengumpul permainan ‘Star Wars’, ‘Collectors Toy Fare Kuala Lumpur’ (CTFKL) dan

artis alih suara meluahkan rasa terkilan tidak dapat mengunjungi majlis pengebumiannya,” katanya.

Menurutnya, dia dan keluarga berterima kasih di atas keprihatinan semua.

“Ketika ini, saya mahu fokus untuk menyelesaikan tempoh iddah sebelum memikirkan perancangan masa depan termasuk membesarkan anak tunggal.

“Selepas itu, saya akan putuskan sama ada mahu menetap atau bekerja di rumah saya dan arwah di Gombak atau pulang ke

kampung di Kuala Terengganu. Arwah ada maklumkan yang dia mahu wariskan koleksi permainan atau figura aksi Star Wars

kepada anak kami, mungkin saya akan simpan atau lihat dulu keadaan,” katanya.

Bagi yang mahu menyumbang, boleh membuat sumbangan kepada Nor Aziantie Azhar (isteri) di akaun Maybank 5124 0051 5982.

Pada 4 Februari lalu, Muhammad Aizat yang juga artis alih suara dan pernah menjadi suara latar bagi animasi popular Kung Fu

Panda, menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Puchong jam 11.45 malam.

Arwah menderita ketumbuhan di peha kanan dipercayai barah sarcoma, ia turut merebak ke hati dan peparu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL