Umum sedia tahu bahawa ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH Nik Ezanee Bin Mohd Faisal sememangnya akrab dengan masyarakat.
Bau-baru ini, pihak Balai Polis Sg Way telah menerima satu laporan berkaitan perselisihan faham yang berlaku di sebuah kejirananan.
Hadir sebagai pendamai
Jadi, bagi membantu menyelesaikan masalah, Nik Ezanee dan Ketua Ketua Polis Balai Sg Way Insp. Zulfadly Bin Yacob telah mengambil satu inisiatif dengan meluangkan masa menjenguk kedua jiran dan mendamaikan perselisihan faham yang berlaku.
Datang bawa hadiah
Kehadiran beliau secara santai turut membawa hadiah berupa limau sempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.
Selain itu, beliau turut membawa pasu bunga dan dihadiahkan kepada sebuah lagi keluarga sebagai tanda menjernihkan keadaan antara jiran-jiran di kawasan tersebut.
Semoga Tuhan merahmati Tuan
Pastinya perkongsian tersebut membuatkan warganet tersenyum melihat keprihatinan Ketua Polis Petaling Jaya yang menyelesaikan isu tersebut secara lebih santai.
Mereka juga berharap supaya perselisihan faham yang berlaku dapat diselesaikan sebaiknya tanpa melibatkan undang-undang hingga merosakkan hubungan baik sesama jiran tetangga.
Contoh terbaik!
Semua benda beliau kasi settle
Turut bersama YB menteri
Selain daripada itu, menerusi perkongsian di Laman Facebook Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeIM), Nik Ezanee juga dilihat meluangkan masa bersama Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Albakri memberikan makanan kepada penduduk Desa Mentari dan membantu memberi sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya, YaPEIM
Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?