spot_img

Ebit Lew Beri Rumah Baru, Selepas Tular Rumah Lelaki OKU Terbakar

- Advertisement -

Sejak semalam, tular di media sosial foto seorang lelaki kelainan upaya (OKU) duduk  ditangga rumahnya yang hangus terbakar di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ebit Lew dah sampai

Susulan daripada itu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang pagi tadi baru sahaja menaiki pesawat ke Kelantan telah datang bertemu dengan remaja tersebut bagi memberikan bantuan diatas kesulitan yang menimpa dirinya.

Beri motosikal roda tiga buat abang

- Advertisement -

Dalam pertemuan tersebut, Ebit Lew telah memberikan sumbangan motosikal roda tiga kepada pemuda tersebut selepas motorsikal yang digunakan sebelum ini terbakar bersama rumah yang diduduki bersama adiknya yang menghidap sindrom down dan buta.

Beliau juga akan membantu membayar kontraktor membina semula rumah baharu buat adik-beradik ini dan sudah membayar sepenuhnya rumah yang akan dibina tersebut.

Ramai yang turut sama membantu

- Advertisement -

Selain daripada itu, ustaz turut berterima kasih kepada penduduk kampung, keluarga dan pihak-pihak yang sama-sama tampil memberri bantuan awal kepada adik-beradik berkenaan selepas mereka ditimpa musibah.

Perkara tersebut juga dimaklumkan oleh sepupu kepada mangsa kebakaran yang menularkan kisah sedih ini semalam.

- Advertisement -

Menerusi gambar yang tular semalam, pengguna Facebook dikenali sebagai Aniq Shurfati telah memuat naik gambar sepupunya yang mempunyai masalah penglihatan dan sindrom down duduk ditangga rumah yang dihuninya tanpa mengetahui bahawa rumah tersebut sudah musnah dijilat api.

Ia tular di media sosial sehingga mendapat perhatian banyak pihak kerana hiba melihat situasi menyedihkan itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

 

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL