spot_img

KWSP Umum CEO Baharu, Khidmat Tunku Alizakri Berakhir!

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menjadi perhatian ramai rakyat Malaysia berikutan syarat program i-Sinar kini mendapat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.

Ini selepas perkhidmatan Tunku Alizakri Alias yang menerajui KWSP sejak 20 Ogos 2018 akan digantikan dengan CEO baharu bermula 1 Mac ini.

KWSP dalam satu pengumuman hari ini berkata, tempat Tunku Alizakri sebagai CEO KWSP diambil alih oleh Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang juga bekas CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB).

- Advertisement -

Perlantikan itu mendapat kelulusan Menteri Kewangan dan Amir Hamzah akan menggantikan Tunku Alizakri yang menerajui KWSP sejak 20 Ogos 2018.

Amir Hamzah mempunyai 25 tahun pengalaman dalam meneraju beberapa organisasi korporat.

Amir Hamzah Azizan bakal menggalas tug4s sebagai CEO KWSP bermula 1 Mac

Kerjayanya bermula apabila menyertai Kumpulan Shell dan seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat antaranya MISC Bhd, PETRONAS Dagangan Bhd, PETRONAS Lubricants International, Icon Offshore Bhd dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

- Advertisement -

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, Tunku Alizakri akan meneruskan svmbangannya terhadap perkhidmatan awam melalui kapasiti yang berbeza.

“Dengan berat hati, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada Tunku Alizakri atas dedikasi dan svmbangan beliau selama tujuh tahun, bermula sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) dan kemudian sebagai CEO KWSP.

“Wawasan serta komitmen Tunku Alizakri kepada semua pihak berkepentingan terutama ahli KWSP boleh dilihat melalui hala tuju KWSP dalam mempertingkatkan kecekapan operasinya melalui pecutan digital, mengguna pakai dasar dan tadbir urus alam sekitar (ESG) dan kelestarian (sustainability) sebagai metrik utama, serta memperkasakan keselamatan sosial dan kesejahteraan bagi rakyat,” katanya.

- Advertisement -

Ahmad Badri berkata, KWSP juga mengucapkan tahniah kepada Amir Hamzah di atas pelantikan itu.

Beliau berkata, Amir Hamzah akan membantu KWSP di kala mengharungi situasi ketika ini yang sangat kompleks dan mencabar dalam sejarah KWSP.

Beberapa pandangan Tunku Alizakri sebagai CEO KWSP berhubung pengeluaran akaun 1 susulan pandemik COVID-19 yang dicadangkan sebahagian pihak menjadi perhatian pengguna media sosial.

Ini termasuk perdebatan dalam kalangan netizen mengenai kenyataannya yang ramai pencarum akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?


IKLAN

Dapatkannya di sini NAKSERUM

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL