spot_img

Rider Grab M4ut Dir3mpuh Lori Laju

- Advertisement -

SERDANG – Pemandu lori ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kem4langan dengan lima kenderaan lain serta membabitkan kem4tian berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 1.40 tengah hari itu, seorang penghantar makanan berusia 35 tahun yang p4rah disahkan meningg4l dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati kem4langan itu berlaku ketika lori dipandu svspek berusia 47 tahun berkenaan bergerak agak laju sebelum hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong.

- Advertisement -

“Disebabkan keadaan itu, lori berkenaan mel4nggar sebuah van sebelum mer3mpuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa sama mengakib4tkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.

“Lori berkenaan yang masih tidak dapat dikawal ketika itu kemudian mel4nggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Azman berkata, pemandu lori berkenaan ditahan untuk menjalani ujian alk0hol dan u.rin.

“Semakan mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan.

- Advertisement -

“Kes itu disiasat mengikut S3ksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?


IKLAN

Dapatkannya Di Sini NAKSERUM

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL