spot_img

Pengarah Dan Pengurus Syarikat Nafi 21 Tuduhan Berkaitan Pembekalan Daging Sejuk Beku.

- Advertisement -

Johor Bahru: Sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya didakwa di Mahkamah di sini hari ini atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu tanpa kelulusan  untuk membekalkan daging sejuk beku awal Disember lalu.

Tertuduh, iaitu Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengarahnya, Yong Chee Keong, 40, dan Tan Siew Huak, 42, yang masih bebas serta pengurus, Chong Kim Kuang, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Ahmad Fuad Othman.

- Advertisement -

Mengikut kertas pertuduhan, syarikat dan dua tertuduh berkenaan serta seorang lagi yang masih bebas didakwa menggunakan, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan dua syarikat pembekal dari Australia selain menggunakan logo halal palsu serta menggunakan logo halal tanpa kelulusan daripada badan persijilan halal Australia.

KesaIahan itu dilakukan di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai, di sini antara 1 hingga 3 Disember 2020.

Mereka didakwa mengikut Sksyen 5(1)(a), Sksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

- Advertisement -

Jika sabit kesaIahan, semua tertuduh boleh didenda antara RM100,000 hingga RM500,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohammad Onn Abd Aziz, Kwan Li Sa, Syazwani Zawawi, T Ashivinii dan Kee Shu Min.

Manakala tertuduh diwakili barisan peguam Zamri Idrus, Yusman Che Aman dan Saiful Zaman Abd Rahman.

- Advertisement -

Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap dua minggu sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah (lPD) Kulai.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 28 Mac ini.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL