spot_img

Ustaz Ebit Liew Tanggung Kos Pengajian, Gadis Akhirnya Dapat Sambung Belajar!

- Advertisement -

Siapa yang tidak mengenali Ustaz Ebit Liew yang terkenal dengan sifat murah hati serta sentiasa rendah diri. Beliau banyak memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan.

Walaupun beliau banyak mendapat ujian dalam usaha murninya ini, namun hati Ustaz Ebit Liew tetap kuat dalam menghadapi segala ujian. Ianya juga merupakan tanda Allah menaikkan darjat hambanya.

Baru-baru ini tular juga di Facebook beliau yang mana dia mahu menanggung kos pembelajaran adik Nurul Asma Alya. “Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan”

“Saya terbaca kisah adik ni pelajar mrsm tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA)” kata beliau.
- Advertisement -

Katanya lagi, “Saya akan Taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop. Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini”

Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat.
“Terima kasih masyarakat setempat. Terima kasih jkm beri bantuan bulanan. Terima kasih zakat. Terima kasih yb dan menteri. Terima kasih ngo dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung. Terima kasih media yang melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah” Katanya.
Semoga Allah terus memberikan rezeki yang luas buat Ustaz Ebit Liew, sentiasa melindungi dia dan keluarganya dan juga diberikan kesihatan yang baik.
Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?
- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL