spot_img

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai LHDN

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Orang ramai diminta berwaspada dengan kegiatan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memperdaya m4ngsa.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata, orang ramai perlu lebih peka dan sentiasa menasihatkan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling berkenaan perkara ini supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi m4ngsa.

Menurutnya, mengikut maklumat yang dikumpulkan menerusi laporan di media massa, bagi tahun tempoh 1 Januari sehingga Selasa lalu, sebanyak 18 kes sindiket penyamaran sebagai pegawai LHDNM membabitkan kerugian RM636,311.

- Advertisement -

“Taktik keji dengan menakutkan m4ngsa menyebabkan mereka panik dan akhirnya memaksa mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran peribadi dan perbankan, malah ada yang secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli s1ndiket.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan jangan mudah terpedaya serta lakukanlah pengesahan dengan LHDNM terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel mahupun mahupun surat yang meragukan dengan menghubungi talian Hasil Care Line atau talian pegawai yang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDNM berhampiran.

“Di samping itu, orang ramai juga boleh membuat semakan modus operandi sindiket penipuan ini di laman sesawang rasmi LHDNM,” katanya.

- Advertisement -

LHDNM sentiasa melakukan usaha yang perlu dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa cakna atau ambil tahu isu berkaitan aktiviti sc4mmer ini.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL