spot_img

Selama Sebulan Aku “Bekerja” Di Syarikat S, Tapi Gaji Tak Dibayar Seperti Yang Ditawarkan Ketika Interview

- Advertisement -

ZAMAN sekarang ni semua orang perlukan duit, kalau tak ada duit nak m4ti rasanya. Banyak komitmen lagi memeningkan kepala. Itulah situasi yang aku pernah alami baru-baru ini.

Sebelum ini aku bekerja di sebuah syarikat M dalam bidang retail hampir setahun. Aku berhenti sebab mendapat berita pekerjaan yang lebih menarik daripada kawan-kawan. Silap aku juga, aku tak selidik dahulu syarikat tu. Terikutkan rasa hati yang kuat nak berhenti dan cari pekerjaan lain.

Aku mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat M disebabkan tiada lagi bayaran Over Time sedangkan ketika itu kekurangan staff dan terpaksa berpindah randah untuk cover tempat lain. Setiap bulan pasti ada shortage yang aku tak tahu apa puncanya.

- Advertisement -

Tanpa membuang masa, aku terus siapkan surat berhenti 24 jam tetapi pihak syarikat menolaknya kerana perlu beri tempoh sebulan. Aku edit semula surat itu dan hantar lagi. Tak lama, surat itu diluluskan oleh syarikat.

Dalam masa yang sama, aku dah pergi interview di syarikat S dengan seorang kawan aku pada hari cuti. Aku lihat sekeliling tempat kerja itu dan bagi aku not bad la. Pemilik syarikat itu orang melayu pula. Baguslah, sebelum ini aku bekerja dengan syarikat bangsa lain. Nak support orang kita kononnya.

Sebenarnya ini bukan kali pertama aku bekerja dengan orang melayu, tetapi ini kali pertama aku rasa dipergunakan.

- Advertisement -

Kepakaran aku pada pemasaran dan strategi. Aku memang suka bidang ni. Kebetulan syarikat ini perlukan orang marketing jadi inilah peluang aku untuk membina kerjaya disini setelah sekian lama aku bekerja diluar bidang.

Aku teringat seorang kawan aku, aku cuba pujuk dia dan yakinkan dia untuk bersama-sama aku dalam 1 tempat kerja. Akhirnya dia setuju. Tak lama lepas tu, kami bekerja dalam 1 syarikat yang sama dalam automotif. Aku seronok bekerja sebab dikhabarkan mendapat gaji sehingga RM7,000. Itulah jumlah gaji yang ditawarkan pada aku ketika interview.

- Advertisement -

Aku sah berhenti di syarikat lama. Aku fokus tempat kerja baru. Aku kerahkan idea untuk buat kandungan pemasaran syarikat itu. Seronok kami bekerja, dengan tempat yang selesa. Tetapi malangnya, setelah seminggu bekerja, surat tawaran pekerjaan tak diterima oleh tangan kami. Kami jadi tertanya dan terus kami bertanya kepada bos. Bos seperti berdalih.

Menurut ceritanya, perniagaannya maju dan mendapat tempat dipasaran Malaysia. Setiap bulan meraih atas RM100,000 hasil perniagaan. Tetapi gaji kami pun tak bayar, apa cerita?

Aku cuma nak jawapan daripadanya saja. Aku tak nak dengar cerita s3dih ke apa, aku cuma nak jawapan surat tawaran itu ada atau tidak. Itu saja. Bukan susah pun.

Aku pujuk kawan aku supaya bersabar sikit masa lagi. Kalau aku tak dapat, pasti dia pun takkan dapat. Kami dalam 1 department yang sama.

Hari-hari kami bercerita hal ini sesama kami. Sehinggalah aku bosan dengan permainan mereka dan aku buat keputusan untuk cau dari syarikat itu tanpa sebarang notis. Yelah, surat tawaran pun tak ada, buat apa kami nak kekal disitu? Dan buat apa kami nak buat notis untuk berhenti pula?

Kami tak semangat untuk buat kerja dah. Kami risau memikirkan pendapatan kami. Kami pun ada komitmen bulanan dan dibayar menggunakan duit bukan tangisan air mata.

Kawan-kawan yang mengkhabarkan berita pekerjaan itu mula bertanya pada aku isu ini. Aku malas nak buka cerita dan biarlah orang lain yang buka cerita. Pedih hati ni rasa dipermainkan dan dipergunakan. Banyak idea yang aku bagi pada bos syarikat S.

Kini, aku perhatikan saja mereka menggunakan idea yang kami usulkan ketika kami bekerja di sana. Serius rasa nak pukul je bos tu. Pandai mengayat dan perwatakan baik.

Hampir 3 bulan kami tiada pendapatan. Hanya mengharapkan bantuan dari kerajaan saja terutama i-Sinar KWSP. Itu sajalah harapan kami. Nak mohon kerja lain, dah tak ada perasaan. Lagi pula dengan covid 19 ni, banyak syarikat nak tutup dan tak stabil. Aku fobia…

Bermacam-macam cara kami cari sumber pendapatan walaupun dalam keadaan yang kritikal bagi kami. Kami cuba buat perkhidmatan pemasaran khas untuk bumiputera yang meniaga, terasa dipermainkan juga. Bakal client nak ambil servis, tapi hangat tahi ayam. Bila follow up, senyap sepi. Ada pula yang dah gunakan servis kami, tapi tak bayar. Katanya kerja kerana Lillahi Ta’ala. Apalah nasib kami…

Kepada korang yang sedang mencari pekerjaan, ini nasihat aku. Carilah syarikat yang ada latar belakang kukuh. Selidik dahulu latar belakangnya dipalsukan atau dipercayai. Minta surat tawaran supaya korang rasa selamat dan anak bini korang tak tertanya berapa pendapatan korang. Jangan jadi macam seorang kawan aku ni, dia sampai terpaksa menipu bini dia kerana tak nak bini dia risau tentang pendapatannya.

S3dih bila aku dengar kelvhan dia. Remvk gil4 hati aku bila dengar. Aku harap rezeki korang melimpah ruah, lagi-lagi zaman pandemik ni. Ramai yang susah mencari pendapatan. Semoga dipermudahkan urusannya. Amiin…

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?


IKLAN

Dapatkannya Di Sini NAKSERUM

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL