spot_img

Agong Berkenan Kurnia Rumah Kepada Mangs4 Banjir Di Pekan

- Advertisement -

PEKAN – Prihatin dengan nasib mangs4 banjir yang mengalami kemusn4han harta benda, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan bantuan bagi membina rumah baharu kepada mereka yang terjejas.

Keprihatinan Seri Paduka terserlah apabila turut berangkat turun padang bagi meninjau sendiri tapak pembinaan rumah baharu tersebut masing-masing di Kampung Sungai Gangchong, Acheh dan Kampung Tanjung Pulai, di sini hari ini.

Seri Paduka turut diiringi empat anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

- Advertisement -

Sejurus tiba di Kampung Tanjung Pulai, kira-kira jam 4 petang, lapor BERNAMA, Seri Paduka diberi taklimat ringkas oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Hafizah Zakaria yang memaklumkan kerja-kerja pembinaan rumah setingkat itu akan bermula pada minggu depan.

Menurut Hafizah, pembinaan rumah yang mempunyai tiga bilik selain dilengkapi ruang makan dan tandas itu akan mengambil masa sekitar tiga hingga empat bulan yang dibina di atas tanah milik mangs4 banjir sendiri.

Sementara itu, penerima terlibat, Norhasnah Mat Yunos, 60, berkata, beliau bangga dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa rumah yang akan dibina itu adalah hasil kurniaan bantuan daripada Yang di-Pertuan Agong.

- Advertisement -

“Makcik menjunjung kasih kepada Seri Paduka. Memang makcik tidak pernah terfikir untuk dapat rumah setelah tinggal di sini sejak 40 tahun yang lalu.

“Makcik berasa bangga dan terkejut dengan kurniaan Tuanku, memang makcik tidak jangka ambil masa begitu cepat,” katanya seperti dipetik daripada laporan media tempatan.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?


IKLAN

- Advertisement -

Dapatkannya Di Sini NAKSERUM

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL