spot_img

Ismail Sabri akan buat laporan polis terhadap video fitn4h tak patuh SOP yang tular di Facebook

- Advertisement -

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video lama yang didakwa memfitn4h dirinya berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) itu dijangka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah hari Sabtu.

Terdahulu satu rakaman video memaparkan Ismail Sabri hadir ke satu majlis dan bersalaman dengan tetamu yang hadir, tular di Facebook.

- Advertisement -

Video itu menunjukkan beliau bersama beberapa orang lain tanpa memakai pelitup muka duduk bersama di meja jamuan dengan tidak menjaga penjarakkan sosial.

Difahamkan, video berkenaan adalah sewaktu majlis pelancaran Tabung Pahlawan di Royal Chulan, pada September tahun lalu.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?


IKLAN

- Advertisement -

Dapatkannya Di Sini NAKSERUM

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL