spot_img

Perjalanan Siti Sarah, Shuib ke Kelantan diduga… staf terlibat kemal4ngan, dikompaun pula gara-gara makan semeja – “Kami mohon maaf, ini pengajaran untuk kami”

- Advertisement -

PENYANYI Siti Sarah Raisudidin tampil memohon maaf di atas kekhilafannya melangg4r prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan dia dan suami, Shuib Sepahtu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 pada Jumaat.

Sarah menerusi Instagramnya berkata, dia menjadikan perkara itu sebagai pengajaran dan berharap orang ramai sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP.

- Advertisement -

“Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okey?” katanya.

Sarah dan Shuib didend4 selepas mereka mengingk4ri SOP yang tidak membenarkan lebih daripada dua orang makan di satu meja yang sama.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Lipis, Pahang.

Siti Sarah dan Shuib melangg4r SOP yang hanya membenarkan dua orang semeja sahaja ketika menjamu selera di kedai makan.
- Advertisement -

Selain Sarah dan Shuib, dua lagi individu yang turut sama semeja dengan mereka turut dikenakan kompaun.

Menurut Sarah, dia singgah sebentar di restoran itu untuk menjamu selera ketika dalam perjalanan menuju ke Kelantan bagi perasmian dua cawangan terbaharu premis minuman mereka, Bubble Bee di Kubang Kerian dan Kota Bharu, Kelantan.

“Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP.”

SITI SARAH

PENYANYI

Dalam perjalanan tersebut, Sarah berkata dia berdepan dugaan apabila kereta pekerjanya terlibat dalam kemal4ngan.

- Advertisement -

Menurut Sarah, dia bersyukur pekerjanya tidak mengalami sebarang keceder4an serius.

“Banyak dugaan sebelum sampai ke Kelantan, 12 jam perjalanan. Bukan datang bercuti sebaliknya dapat kebenatan rentas negeri menguruskan pelancaran pembukaan kedai.

“Mulanya, staf kami terlibat dalam kemal4ngan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin.

“Berder4u darah saya apabila dapat berita terbabit. Alhamdulilah syukur sangat kerana hanya kereta sahaja yang rosak, mereka tak alami keceder4an serius,” ujarnya.

Pekerja Siti Sarah terbabit kemal4ngan ketika dalam perjalanan ke Kelantan.

Sarah juga menjelaskan perjalanan mereka merentas negeri ke Kelantan adalah disebabkan urusan perniagaan dan sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan dua baby (cawangan) baru Bubble Bee,” katanya.

Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti tersebut menjamu selera di dalam premis terbabit di Facebook miliknya.

Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari lalu hanya dibenarkan dua individu semeja sahaja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?


IKLAN

Dapatkannya Di Sini NAKSERUM

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL