spot_img

Sarung Topi Konvo Atas Batu Nisan, Gadis Sebak Kongsi Kejayaan Di Pusara Arw4h Bapa

- Advertisement -

Pemergian insan tersayang dalam kehidupan sememangnya sesuatu yang sangat memilukan. Lebih-lebih lagi jika insan itu merupakan ibu atau bapa kita.

Baru-baru ini, seorang gadis berasal dari negara jiran, Indonesia memuat naik satu video menerusi akaun TikT0k miliknya, @yussrilinnah.

Video pendek itu memaparkan gadis itu sedang menziarahi kvbur arw4h bapanya, yang dipanggil ‘abah’, dan dia dilihat memakai jubah lengkap dengan ‘m0rtar board’ di atas kepala kerana baru sahaja menamatkan pengajiannya.

@yussrilinnahsayang bgt

♬ im so proud of you – nira

- Advertisement -

“Mungkin jika abah ada sewaktu majlis tamat pengajian kelmarin pasti seperti ini,” tulisnya pada video berkenaan

Namun, apa yang menyedihkan dalam video tersebut adalah saat dia menanggalkan ‘m0rtar b0ard’ dan meletakkannya di atas batu nisan, seakan-akan dia sedang menyarungkannya di atas kepala bapanya.

Akib4t tidak dapat menahan kesedihan, dia mengusap kedua-dua pipinya berkali-kali untuk mengesat juraian air mata yang jatuh merindui arw4h bapanya.

- Advertisement -

Jika bapanya masih ada, kalau waktu diputar kembali, dia ingin meluahkan segala kegembiraan dalam hati, memandang tepat ke anak mata bapanya dan meneriak memberitahu: ‘Abah, anakmu ini telah berjaya membuat abah bangga!’.

Tetapi sayang seribu kali sayang, luahan itu tidak akan sampai kepada orang yang dituju kerana bapanya itu telah pergi buat selama-lamanya.

- Advertisement -

Tiada lagi senyuman serta pujian daripada seorang ‘bapa’, tanda bahagia tatkala melihat kejayaan yang diperoleh oleh anak gadisnya itu di dunia ini.

Menjengah ke ruangan k0men, rata-rata warga maya berasa sebak melihat perk0ngsian gadis itu. Dalam pada itu, mereka turut mend0akan buat arw4h bapanya dan memberi kata-kata semangat kepada dirinya.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan pergi menghadapNya. Sementara mereka masih bersama dengan kita, hargailah kedua 0rang tua kita dan luangkan masa bersama selagi berpeluang.

Hidup ini sementara. Tunjukkan pada mereka betapa kita sayangkan mereka. Semoga sis itu kuat menghadapi segala ujian dalam hidupnya. Amin!

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?


IKLAN

Dapatkannya Di Sini NAKSERUM

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL