spot_img

Rupanya Banyak Khasiat Pisang Yang Kita Tidak Tahu. Antaranya Boleh Menurunkan Berat Badan, Mengubati Jerawat Dan Banyak Lagi

- Advertisement -

Pisang merupakan buah-buahan tempatan yang sering kita temui di Malaysia. Ianya juga mudah didapati dimana-mana sahaja dengan harga yang berpatutan.

Rasanya yang manis dan lembut menjadikan kegemaran ramai. Selain itu juga, buah pisang juga boleh dijadikan bermacam-macam hidangan selain daripada pencuci mulut iaitu kek pisang, cekodok pisang dan bermacam-macam hidangan lain.

Namun tahukah anda buah pisang juga mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan kita. Selain mengandungi kosong kolestrol, buah pisang juga kaya dengan Vitamin A, Vitamin C dan juga tinggi dengan Vitamin B-6.

- Advertisement -

Manakala untuk ibu yang mengandung pula, pisang juga bagus  kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.

Untuk mereka yang sedang mengamalkan diet yang seimbang, pisang juga merupakan salah satu pemakanan yang baik untuk diamalkan sepanjang proses untuk diet. Ini kerana kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.

- Advertisement -

Bagi mereka yang inginkan kulit yang bersih pada bahagian muka pula, pisang dapat membantu untuk mengubati jerawat-jerawat yang ada pada muka. Cara untuk menggunakannya, ialah dengan menghancurkan pisang yang sudah masak lalu diletakkan dibahagian yang berjerawat selama beberapa minit dan bilas menggunakan air. Ulang sehingga kulit muka nampak bersih.

Selain khasiat yang terdapat isi pisang, terdapat juga khasiat yang ada pada kulit pisang. Mungkin jarang kita dengan khasiat yang ada pada kulit pisang ini. Kulit pisang dapat mengurangkan kegatalah akibat gigitan nyamuk dengan hanya menyapu kulit pisang pada bahagian yang terkena gigitan.

- Advertisement -

Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.

Begitu banyak kandungan khasiat yang terdapat pada buah pisang. Jika anda rasa artikel ini menarik dan bermanfaat, kongsikan kepada yang lain kerana ianya percuma.

 

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL