spot_img

Guru Sebak, Uncle Grab Kurang Job… Disamakan Seperti Ebit Lew, Civm Duit Semasa Hulur Bayaran Lebih

- Advertisement -

MUNGKIN kita berasa susah, tetapi sebenarnya ada yang lebih susah daripada kita.

Dalam kesusahan mereka, mungkin juga terdapat individu yang tampil untuk menghulurkan b4ntuan bagi meringankan beb4n.

Setiap kebaikan mereka dikongsikan dan menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk melakukan perkara yang sama tanpa mengira siapapun mereka.

- Advertisement -

Bak kata pepatah, yang baik itu jadikan teladan, perkara yang buruk dijadikan sempadan.

Seorang guru berkongsi pengalamannya menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk mengambil keretanya di bengkel, sambil memuji keperibadian pemandu tersebut.

“Yang bawa Grab masa tu seorang uncle Cina. Peramah orangnya. Banyak dia bercakap t0t te t0t tet, saya pun iyakan jelah,” tulis Muhammad Yusof di laman Facebook

- Advertisement -

Ebit (kiri) memberi b4ntuan tanpa mengira bangsa dan agama. foto Facebook Ebit Lew
- Advertisement -

Namun, penceritaan panjang pemandu yang mended4hkan dirinya mengalami kesvlitan mencari sumber pendapatan mengund4ng sebak guru itu.

“Dia kata sekarang dia kurang pelanggan, saya rasa sedih juga. Dia kata minggu lep4s sampai masa kereta nak kena servis, banyak juga dia kena keluar duit.

“Kasihan juga kat uncle ni. Bila sampai kat bengkel saya tanya berapa uncle walaupun dah tahu. Dia kata RM5. Saya hulur RM10. Saya kata baki uncle simpan ya,” ujarnya.

Bukannya nak kena derma RM1,000 sekelepuk pada orang susah. Cukup bila ada rezeki lebih, hulur-hulurlah pada yang memerlukan

MUHAMMAD YUSOF

Pada mulanya pemandu tersebut menol4k sumbangan itu tetapi Muhammad Yusof berker4s untuk menghulurkannya buat keluarga pemandu itu.

“Dia kata tak apa. Saya kata tak apa, bagi anak-anak uncle. Lepas tu dia civm duit tu dan tak berhenti dia ucap thank you, thank you kat saya.

“Tiba-tiba dia kata ‘You macam Ebit Lew lah’. Allahu tersentuh saya. Jauh level saya nak sampai tahap Ustaz Ebit tapi itulah hebatnya Ustaz Ebit Lew sampai satu Malaysia kenal dia, termasuklah uncle ni,” katanya.

Luahan guru itu merujuk kepada Ustaz Ebit, seorang pendakwah yang amat dikenali kerana sifat dermawannya kerana sering menghulurkan b4ntuan kepada mereka yang susah dan memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Bagi Muhammad Yusof, sebenarnya bukan sukar untuk mana-mana individu bersikap pemurah dan membantu orang lain sebagaimana yang dilakukan oleh figura terkenal itu.

Ebit menerusi misi b4ntuan kemanusiaan ke Sabah, baru-baru ini. foto Facebook Ebit Lew

“Sekarang ni, nak jadi macam Ustaz Ebit Lew bukan susah pun. Bukannya nak kena derma RM1,000 sekelepuk pada orang susah.

“Cukup bila ada rezeki lebih, hulur-hulurlah pada yang memerlukan. Dengan seringgit dua pun boleh buat orang lain yang tengah terkesan sekarang ni, tersenyum gembira,” tambahnya.

Tambah guru itu, dalam rezeki seseorang itu, sebenarnya ada juga rezeki orang lain yang wajar dikongsikan bersama dengan bersedekah dengan ikhlas.

Muhammad Yusof bagaimanapun menjelaskan bahawa persekongsiannya itu bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk membantu antara satu sama lain.

“Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain sebenarnya.

“Status ini bukanlah nak menunjuk-nunjuk cuma ingin berkongsi betapa hebatnya insan bernama Ebit Lew yang menginspirasikan semua lapisan manusia,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?


IKLAN

Dapatkannya Di Sini NAKSERUM

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL