spot_img

Video Polis Bantu Tolak Van Rosak Dalam Hujan Lebat Raih Pujian Warganet

- Advertisement -

Sejak kebelakangan ini, media sosial menjadi medan perdebatan hangat ekoran terjadinya beberapa ins1den membabitkan pihak berkuasa yang did4kw4 tidak profesional dan cuai semasa menjalankan tugas.

Baik dari isu membabitkan anggota di sekatan jalan raya(SJR) juga isu kecuaian beberapa anggota sehingga terjadinya kes r0g0l di lokap di Sarawak, keadaan ini menyebabkan timbul cakap-cakap belakang di kalangan orang ramai sehingga ada yang mula ‘pukul rata dengan mempertikaikan’ tahap intigeriti pihak berkuasa bila bertugas.

Namun bak kata pepatah, dalam setandan pisang itu bukannya semua elok. Mesti ada juga yang tidak boleh dimakan, keadan ini samalah juga dengan mereka.

- Advertisement -

Disebalik kisah-kisah panas berkenaan masih banyak lagi sisi baik mereka yang jarang diketengahkan masyarakat antaranya kisah seorang anggota polis yang sanggup meredah hujan lebat menolong orang awam yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, @Fahmi Apiht,

“Kalau takde polis ni mesti dah kem4.l4ng4n kat sini”

Lately ni ramai kv.tuk and open stories pasal polis. Dgn polis ambil no telefon, polis tegur tak pakai p4kai4n d4l4m, mcm2 la. Ni abg payung kebaikan polis yg jarang org nak viralkan. Ada van rosak tepi jalan, hujan lebat, kalau takda polis ni sure dah ada acc1dent kat sini.

Menerusi video yang dikongsikannya, terdapat sebuah van yang rosak di tengah-tengah jalan yang sibuk menyebabkan kereta-kereta di belakangnya mula tersangkut.

- Advertisement -

Namun secara tiba-tiba muncul seorang anggota polis dari belakang yang terus memberhentikan motosikalnya dan menyapa pemandu van berkenaan.

Dia tidak lama kemudiannya mula membantu menolak van tersebut berseorangan didalam hujan lebat.

Tolak sejauh 200 m

Menurut pemuda ini lagi, anggota polis ini juga telah membantu menolak van berkenaan sejauh 200m. Meskipun tidak dapat dipastikan jarak sebenarnya, namun jika dilihat pada video tersebut, angka tersebut sememangnya tidak mustahil.

- Advertisement -

Perkongsian tersebut kemudiannya mula meraih perhatian netizen dengan rata-rata mereka menzahirkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada anggota polis berkenaan.

Ramai yang turut memuji keprihatinannya membantu pengguna jalan raya yang sedang didalam kesus4h4n sedangkan orang disekelilingnya hanya memerhatikannya sahaja.

Tidak kurang juga yang turut berpendapat masih ramai di kalangan pihak berkuasa yang melakukan kerja sebegini namun tak semuanya sempat di rakam di depan lensa kamera.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL