spot_img

Berita Baik Untuk Ibu Bapa Apabila Anak Tidak Perlu Pakai Baju Sekolah. Ini Tarikh Yang Dibenarkan Oleh KPM

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian biasa sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan kebenaran itu diberikan bermula 1 Mac hingga 26 Mac depan.

“KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak. “Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

- Advertisement -

GAMBAR hiasan.

“Bagaimanapun, mengambil kira keadaan semasa, KPM ingin memaklumkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah,” katanya hari ini.

Menurutnya, KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

- Advertisement -

Pada 19 Februari lalu, KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac depan.

KOMEN NETIZEN:

“Bguih tu..pakai baju raya tahun2 lepas pn boleh..wah..meriah..cm open ouse dsekolah nt..”

“Setuju!.. Bagi golongan kurang berkemampuan Dan anak2 yg belum di beli baju sekolah bolehlah mereka memasuki sekolah dahulu dgn pakaian biasa sblm ibubapa mereka usaha cari duit utk beli pakaian baru”

- Advertisement -

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL