spot_img

RM10,000 Menanti Kepada Siapa Berjaya Menamakan Anak Tapir Ini

- Advertisement -

Kuala Lumpur: RM10,000. Itu wang tunai menanti pemenang yang berjaya menamakan anak tapir betina dilah1rkan di 99 Wonderland Park Wildlife In The City, di sini, pada 6 Februari lalu.

Pemiliknya, Datuk Seri Jeff B.K Lee berkata, pertandingan Namakan Baby Tapir Kami itu dianjurkan bagi menarik minat rakyat Malaysia bersama meraikan kel4h1ran tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus).

“Pemenang peraduan akan diumumkan pada 27 April 2021 sempena perayaan Hari Tapir Sedunia. Bagi mereka yang berminat boleh kunjungi Facebook atau laman web Wonderland Park untuk maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

- Advertisement -

Mengulas mengenai kelahiran tapir betina itu, Jeff berkata, pihaknya mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah, Jabatan Hidupan L14r dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim untuk meminjam dan mempamerkan kepada pengunjung sepasang Tapir Malaysia, iaitu Mr Junior dan Puan Peradong, Januari tahun lalu.

“Selepas lebih setahun dipelihara dan dipamerkan di sini, Puan Peradong mel4h1rkan anaknya yang seperti semua tahu ia masih belum dinamakan.

“Kami serahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menamakannya. Nama yang dipilih nanti akan diumumkan dan pemenang akan diberikan ganjaran wang tunai RM10,000 yang dijanjikan,” katanya.

- Advertisement -

Jeff bersama pekerjanya melihat anak tapir yang baru dilahirkan itu. FOTO ihsan pembaca

Katanya, 99 Wonderland Park Wildlife In The City yang terletak di Jalan Ipoh Batu 12, di sini, masih belum dibuka untuk kunjungan ramai disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan bagi membendung penularan Covid-19.

- Advertisement -

“Kami akan maklumkan pembukaannya kepada umum selepas mendapat kebenaran,” katanya.

Untuk rekod, sp3s1s tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) ini adalah sp3s1s tapir terbesar di dunia.

Musim meng4w4n tapir berlaku pada bulan April hingga Jun.

Tempoh keh4m1lan Tapir Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 hari yang mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 6.8 kilogram.

Kebiasaannya tapir betina akan mel4h1rkan anaknya dengan purata dua tahun sekali.

Ketika muda, tapir ini tinggal bersama ibunya selama 6 hingga 8 bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL