spot_img

Guru Berpengalaman 22 Tahun Semangat Buat Kelas Tambahan SPM. Apabila Siap Belikan Sarapan Untuk Semua Murid Sesuatu Yang Tak Diduga Berlaku.

- Advertisement -

KETIKA ini semua pelajar tingkatan lima bagi tahun 2020 sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Memandangkan tempoh pembelajaran sepanjang tahun lalu agak mencabar susulan penutupan sekolah gara-gara Covid-19, guru-guru tetap tidak berputus asa mencurahkan ilmu dan membuat ‘pecutan akhir’ demi memastikan para pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan.

Tidak terkecuali bagi seorang guru wanita ini yang gigih membuat kelas tambahan untuk pelajar kelasnya ketika hari senggang peperiksaan baru-baru ini.

- Advertisement -

Namun begitu, apa yang menyedihkan, usaha guru ini ternyata sia-sia apabila hampir keseluruhan pelajar kelasnya tidak hadir pada masa yang ditetapkan.

Kisah guru tersebut dikongsikan oleh anaknya menerusi satu ciapan di Twitter yang sehingga kini meraih lebih 15,000 retweet.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pelayar yang hanya mahu dikenali sebagai Ammar berkata, ibunya yang mengajar subjek Sains untuk tingkatan lima sudah membuat hebahan menerusi Whatsapp pada malam sebelumnya.

- Advertisement -

Ammar berkongsi kisah mengenai ibunya di Twitter untuk memberi kesedaran kepada para pelajar agar menghargai guru.

“Malam sebelumnya ibu dah war-warkan… siap beritahu ‘Cikgu nak belanja sarapan’ sebab kelas tambahan diadakan pada waktu pagi. Keesokannya ibu pun beli 14 bungkus sarapan untuk pelajarnya yang seramai 14 orang.

- Advertisement -

“Tunggu punya tunggu, sampai pukul 9 pagi hanya ada seorang pelajar yang datang. Ibu mengajar macam biasa sambil menunggu pelajar lain yang mungkin lewat sampai.

“Tapi sampai habis kelas pun, hanya seorang pelajar saja yang datang. Ibu sedekahkan sarapan untuk pelajar kelas lain dan bawa pulang empat bungkus. Anak mana yang tidak sedih bila jadi macam ni,” cerita pemuda berusia 22 tahun ini.

Antara komen netizen yang turut sama berkongsi pengalaman ibu masing-masing yang bertugas sebagai guru.

Menurut Ammar, ibunya ada meluahkan rasa terkilan dengan situasi tersebut namun mengambil pendirian untuk bersangka baik.

“Ibu husnuzon saja… mungkin mereka ada hal hari Sabtu tempoh hari… sebab tu tak dapat hadir. Kita faham mungkin ada yang susah nak keluar lebih-lebih ketika pandemik sekarang.

“Tapi apa salahnya respon dalam Whatsapp dan beritahu guru mereka. Ibu saya expect pelajarnya akan datang sebab tiada yang inform mereka tak nak datang.

“Masa kelas berlangsung hari tu pun, ibu ada tanya lagi tapi seorang pun tak respon,” katanya.

Bercerita mengenai ibunya sebagai seorang guru dari kaca matanya, Ammar berkata wanita tersebut sudah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama hampir 22 tahun.

“Ibu juga seorang yang sangat tidak lokek kalau membabitkan pelajar. Pernah sebelum ini, bila ada pertandingan menghias kelas, ibu sanggup sponsor wang. Siapa sangka kelasnya menjadi juara dalam pertandingan itu,” ceritanya sambil menambah, ibunya juga seorang guru yang sangat komited.

Pelajar tingkatan lima bagi tahun 2020 ketika ini sedang menghadapi peperiksaan selepas ia ditangguhkan gara-gara pandemik Covid-19. Gambar hiasan. Foto: Azhar Mahfof/The Star

Tambah pemuda ini, dia sekadar membuat perkongsian tersebut untuk memberi kesedaran kepada para pelajar khususnya agar menghargai pengorbanan guru dan menjaga adab dengan insan berkenaan.

“Cubalah kalau apa yang guru kita buat walaupun kecil, tolong hargai. Bagi saya yang penting adalah adab, result tu nombor dua. Saya tak kata semua, hanya segelintir sahaja bersikap seperti ini.

“Apapun, kepada semua calon, selamat maju jaya dan buatlah yang terbaik untuk banggakan ibu bapa, guru dan sekolah. Buktikan bahawa pandemik ini bukan alasan untuk kita dapat keputusan yang bagus,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL