spot_img

Tr4gedi: 3 Kanak-Kanak Ditemui Lem4s Mandi Pantai Sungai Ular, Sempat Pegang Tangan Adik Sebelum Dipukvl Ombak

- Advertisement -

KUANTAN: Dua kanak-kanak perempuan maut akibat lem4s manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini hari ini.

Mangs4 yang lem4s dikenali sebagai Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13 manakala Mohd Fazrul Hakimi, 11, yang juga adik kepada Nor Najuwa masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisken Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5.45 petang iaitu 10 minit selepas mangs4 bersama-sama ahli keluarganya tiba di pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah mereka.

- Advertisement -

“Kita difahamkan kanak-kanak terbabit adalah dua jiran yang tinggal di sebuah kuarters guru berhampiran. Mereka ke pantai bersama ahli keluarga dewasa, namun dikatakan berlari meninggalkan kumpulan itu, mungkin disebabkan terlalu teruja untuk mandi.

“Kejadian lem4s difahamkan terjadi di hadapan ahli keluarga lain, yang lewat hanya beberapa minit di belakang mangs4,” katanya pada media di lokasi kejadian.

Jen4zah Fitrah Dhia Zahraa Zaidi, 9, dan Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, diratapi ahli keluarga selepas ditemui lem4s ketika mandi di pantai Kampung Sungai Ular, hari ini. Seorang lagi mangs4 Mohd Fazrul Hakimi Mohd Arifin,11, masih hilang dan seorang mangs4 lagi Fitrah Dhia Zulikha Zaidi,13, berjaya diselamatkan orang ramai.Mereka berempat yang tinggal berhampiran dengan tempat kejadian dipercayai turun bermain di pantai kira-kira 5.30 petang dan didapati lem4s kira-kira jam 5.45 petang.

Fitrah Dhia Zulaikha, 13, yang juga kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’, juga hampir lem4s ketika cuba menyelamatkan adiknya, bagaimanapun diselamatkan oleh orang awam.

- Advertisement -

Sementara itu, Mohamad Noor berkata, operasi mencari dan menyelamat Mohd Fazrul Hakimi yang bermula petang tadi akan diteruskan hingga 10.30 malam, membabitkan pencarian dalam lingkungan hingga dua kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, operasi itu membabitkan pegawai dan anggota polis, bomba serta bantuan 65 penduduk kampung selain nelayan yang mempunyai bot sendiri bersetuju menawarkan bantuan mencari mangs4 di pesisir pantai.

May4t mangs4 dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bed4h siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Ahli keluarga, Fitrah Dhia Zahraa Zaidi, 9, dan Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, gagal menahan kesedihan selepas ditemui lem4s ketika mandi di pantai Kampung Sungai Ular, hari ini. Seorang lagi mangs4 Mohd Fazrul Hakimi Mohd Arifin,11, masih hilang dan seorang mangs4 lagi Fitrah Dhia Zulikha Zaidi,13, berjaya diselamatkan penduduk kampung. Mereka berempat yang tinggal berhampiran dengan tempat kejadian dipercayai turun bermain di pantai kira-kira 5.30 petang dan didapati lem4s kira-kira jam 5.45 petang.
- Advertisement -

Mangs4 terselamat dalam tragedi lem4s di Pantai Sungai Ular hari ini, Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi sempat memegang tangan adiknya Fitrah Dhia Zahraa’, sebelum terlepas akibat dipukvl ombak.

Remaja berusia 13 tahun yang hampir tenggelam dalam kejadian malang petang tadi, berkata dia hanya mampu melihat adiknya berusia sembilan tahun semakin jauh dibawa ombak sebelum tubuhnya ditarik oleh lelaki yang menaiki bot.

“Sebelum itu, adik berlari ke laut bersama rakan lain tanpa menunggu saya…tiba-tiba saya lihat adik terkapai-kapai dan semakin tenggelam menyebabkan saya terus berlari masuk ke laut untuk menyelamatkannya,” katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi, 13, sedih ketika menceritakan semula detik kejadian yang mengorbankan adiknya Fitrah Dhia Zahraa Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, selepas mereka ditemui lem4s ketika mandi di pantai Kampung Sungai Ular, hari ini.Seorang lagi mangs4 Mohd Fazrul Hakimi Mohd Arifin,11, masih hilang.Mereka berempat yang tinggal berhampiran dengan tempat kejadian dipercayai turun bermain di pantai kira-kira 5.30 petang dan didapati lem4s kira-kira jam 5.45 petang.

Fitriah Dhia Zulaikha sebelum itu sudah berjanji dengan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, untuk mandi di pantai dan mereka berjalan kaki ke pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah sekitar jam 5.30 petang.

Dalam kejadian itu, Nor Najuwa turut lem4s manakala adiknya Mohd Fazrul Hakimi, 11, dilaporkan masih hilang. May4t kedua-dua mangs4 ditemukan sekitar jam 6 petang tadi.

Sementara itu, bapa Fitrah Dhia Zahraa’, Zaidi Mukhtar, 38, yang juga anggota tentera laut berkata, mangs4 adalah anak kedua daripada empat beradik kerap meminta izin untuk mandi di pantai itu sejak beberapa hari lalu.

Zaidi tidak membenarkan anak-anaknya ke pantai tanpa pengawasan orang dewasa dan biasanya gemar membawa mereka ke kolam renang di sebuah chalet berhampiran kerana lebih selamat.

“Bagaimanapun, disebabkan anak asyik meminta, saya membawa mereka mandi di pantai semalam. Namun, anak masih bertanya jika boleh ke pantai sekali lagi hari ini… mungkin dia tidak puas kerana semalam kami turun agak lewat kira-kira jam 6.30 petang.

“Saya masih berada di pejabat semasa menerima panggilan telefon daripada isteri yang hanya menangis jam 6 petang tadi. Saya tahu ada benda tidak baik berlaku dan terus pulang tanpa bertanya lanjut dan melihat orang sudah ramai di pantai,” katanya.

Zaidi berkata, jen4zah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chini Timur 1 esok.

Bapa Nor Najuwa dan Mohd Fazrul Hakimi, Mohd Ariffin Ismail, 55, berkata walaupun tinggal berhampiran pantai, anak keempat dan kelima itu jarang berpeluang mandi kerana tidak mengizinkan mereka ke pantai tanpa pengawasan orang dewasa.

“Mereka minta izin untuk mandi hari ini, tapi tidak sangka mereka terlalu seronok dapat ke pantai sehingga tiba terlebih dahulu daripada orang lain. Saya cuma berharap Mohd Fazrul Hakimi ditemukan segera,” katanya.

May4t Mohd Fazrul Hakimi ditemui orang awam, hari ini. – FOTO IHSAN APMM

May4t kanak-kanak yang juga mangs4 terakhir dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Sungai Ular, di sini, semalam, ditemui jam 12.45 tengah hari tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng, Rosdan Zakaria, berkata may4t Mohd Fazrul Hakimi Mohd Ariffin, 11, dijumpai orang awam kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

“Sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mangs4, pasukan bomba bersama anggota polis yang terbabit operasi mencari dan menyelamat (SAR), bergegas ke lokasi.

“May4t mangs4 yang dibawa naik dari pesisir pantai kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dengan penemuan may4t mangs4 terakhir itu, operasi SAR tamat pada jam 1.20 tengah hari,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 5.45 petang semalam, Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, yang juga kakak kepada Mohd Fazrul Hakimi, turut ditemui lem4s selepas mereka bersama-sama ahli keluarga ke pantai terletak kurang 200 meter dari rumah mereka.

Kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’, Fitrah Dhia Zulaikha, 13, juga hampir lem4s ketika cuba menyelamatkan adiknya tetapi berjaya diselamatkan orang awam.

Sementara itu, Mohd Zaidi Jusoh, 38, yang menemui may4t Mohd Fazrul Hakimi memaklumkan ia berlaku ketika beliau pulang daripada bertugas di Gebeng.

Katanya, beliau melalui jalan itu kerana mengetahui ada insid3n mangs4 lem4s di kawasan pantai berkenaan.

“Ketika itu, saya ternampak objek hitam seperti kepala dan sejurus mendekatinya, didapati ia adalah mangs4 yang berada dalam keadaan tertiarap.

“Kanak-kanak itu seolah-olah dibawa ke pesisir pantai dengan pukvlan ombak.

“Saya menghubungi kawan untuk memaklumkan perkara itu sebelum pasukan keselamatan tiba,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL