Kajang: Suami isteri ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia, manakala dua anak mereka ᴄᴇᴅᴇʀᴀ selepas terbabit dalam ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ di hadapan sebuah pasar raya di Lebuhraya Cheras-Kajang di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.59 petang tadi.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi, dan mendapati berlaku ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ antara van serta sebuah kereta Perodua Bezza.
“Terdapat empat individu di dalam kereta iaitu sepasang suami isteri serta dua anak mereka masing-masing berusia tujuh dan 14 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota membantu mengeluarkan suami isteri berkenaan yang disahkan ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia di lokasi oleh pasukan ᴘᴇʀᴜʙᴀᴛᴀɴ.
“ᴍᴀʏᴀᴛ mereka kemudian dihantar ke Jabatan ᴘᴇʀᴜʙᴀᴛᴀɴ ꜰᴏʀᴇɴꜱɪᴋ ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Kajang untuk ʙᴇᴅᴀʜ ꜱɪᴀꜱᴀᴛ.

“Dua anak mereka yang ᴄᴇᴅᴇʀᴀ turut dihantar ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ sama untuk ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ,” katanya.
Katanya, pemandu van tidak ᴄᴇᴅᴇʀᴀ.
Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Now ALL in ONE garage! We wrap and service your car. Choose your design at reasonable price!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: