spot_img

Dulu ᴶᵘʳᵘʳᵃʷᵃᵗ Kini Jadi Anggota Bomba

- Advertisement -

SEREMBAN, 7 MAC: Minat yang mendalam terhadap tugasan berat dan lasak mendorong Normaisarah Ibrahim, 31, meninggalkan kerjayanya sebagai ᴶᵘʳᵘʳᵃʷᵃᵗ tujuh tahun lepas demi memenuhi cita-cita menjadi seorang anggota bomba dan penyelamat.

Normaisarah berkata meskipun kerjaya berkenaan didominasi kaum lelaki, namun beliau mahu membuktikan dirinya setanding dengan mereka, sekali gus mampu menggalas tugas sebagai anggota bomba yang sentiasa bersiap sedia menempuh segala cabaran.

“Saya sukakan cabaran dan meminati kerjaya dalam bidang yang memerlukan kita bergerak aktif, oleh sebab itu saya beralih menjadi anggota bomba yang memang telah lama saya idamkan.

- Advertisement -

“Ditambah pula saya suka berinteraksi dengan masyarakat. Menerusi kerjaya ini, saya boleh menabur bakti kepada mereka menerusi aktiviti khidmat masyarakat, penyelamatan dan sebagainya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan ini berkata, beliau mula berkhidmat sebagai anggota bomba pada 2017 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dan antara tugas pertamanya ialah memadam kebakaran dan tugasan khidmat khas seperti menyelamat ᵐᵃⁿᵍˢᵃ ᵏᵉᵐᵃˡᵃⁿᵍᵃⁿ.
Bagaimanapun, Normaisarah berkata sejak tiga tahun lepas, beliau ditugaskan di unit khas ᵐᵉᵈⁱᵏ Perkhidmatan Penyelamatan ᴾᵉʳᵃʷᵃᵗᵃⁿ Kecemasan (EMRS) yang memberi ᵖᵉʳᵃʷᵃᵗᵃⁿ awal kepada ᵐᵃⁿᵍˢᵃ terlibat dalam ᵏᵉᵐᵃˡᵃⁿᵍᵃⁿ.

Berkelulusan Diploma ᴷᵉʲᵘʳᵘʳᵃʷᵃᵗᵃⁿ dari Masterskill University College of Health Sciences, Kuala Lumpur pada 2011, wanita kental ini berkata pengalamannya sebagai ʲᵘʳᵘʳᵃʷᵃᵗ juga turut diaplikasikan ketika bertugas di unit EMRS dengan lebih baik.

- Advertisement -

“Dua hari lepas, saya terlibat dalam operasi menyelamatkan ᵐᵃⁿᵍˢᵃ ᵏᵉᵐᵃˡᵃⁿᵍᵃⁿ membabitkan dua kenderaan, dua maut dan tiga lagi ᶜᵉᵈᵉʳᵃ akibat tersepit. Melalui pengalaman, saya dapat menilai tahap kesedaran ᵐᵃⁿᵍˢᵃ ᵏᵉᵐᵃˡᵃⁿᵍᵃⁿ dengan cepat serta memberi ʳᵃʷᵃᵗᵃⁿ awal kepada mereka yang ᶜᵉᵈᵉʳᵃ sebelum dihantar ke hospital,” katanya.

Bercerita lanjut, Normaisarah berkata antara tugasan yang paling mencabar ialah sewaktu melakukan penugasan kecemasan harian yang prosedurnya dilaksanakan dengan lebih ketat susulan negara dilanda pandemik Covid-19.

Jelasnya, setiap anggota perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan iaitu memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) walaupun berdepan dengan kes kecemasan biasa.

- Advertisement -

“Apabila menyelamatkan ᵐᵃⁿᵍˢᵃ yang terperangkap dalam ᵏᵉᵐᵃˡᵃⁿᵍᵃⁿ jalan raya atau kebakaran, kami perlu memakai PPE dalam keadaan cuaca panas ditambah perlu memegang hos seberat 16 kilogram untuk memadam kebakaran,” katanya yang telah terlibat lebih 30 kes operasi memadam kebakaran dan khidmat khas.

Normaisarah menasihati golongan muda terutama wanita yang mahu menceburi kerjaya sebagai anggota bomba dan penyelamat perlu mempunyai mental dan fizikal yang kuat selain tidak mudah putus asa.

“Saya percaya kita sebagai wanita mampu mengalas tugas ini dengan baik setanding dengan lelaki,” katanya yang menyimpan hasrat untuk menjadi pegawai bomba wanita yang berjaya dan memberikan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.

– BERNAMA

Nak macam-macam info? Jom join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

SPONSORED
Now ALL in ONE garage! We wrap and service your car. Choose your design at reasonable price!

Contact Us Now >

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL