spot_img

Makcik Buat “Fb Live” Sampai 3 Pagi Jual Baju “Bundle” Menangis Terharu Ada Yang “Lock” Sampai 100 Helai Nak Beli

- Advertisement -

MENCARI rezeki itu perlulah seiring dengan usaha, kesabaran dan tawakkal yang tinggi kepadaNya. Barulah ia pasti akan ‘terbalas’ dengan hasil yang tidak disangka-sangka. Insya Allah

Kebanyakan peniaga umumnya akan menggunakan pelbagai medium perniagaan secara optimum bagi memastikan jualannya ‘laku keras’, contohnya peniaga pakaian bundle yang sanggup duduk di depan skrin telefon hinga berjam-jam lamanya untuk bersiaran langsung.

Bercerita tentang peniaga pakaian bundle, baru-baru ini terjadi satu situasi yang menyentuh hati apabila seorang wanita yang agak berusia mungkin lingkungan 50an memberanikan dirinya beraksi di hadapan kamera untuk mempromosi pakaian bundle yang dijualnya.

- Advertisement -

Individu yang digelar sebagai ‘Mak’ oleh rata-rata warganet ini dikatakan sanggup bersiaran langsung melalui aplikasi Facebook di group perniagaan ketika waktu sudah pun larut malam.

Malah dikatakan, bermula dengan tontonan yang hanya beberapa orang saja, namun semakin lama semakin bertambah dengan sokongan warga maya yang gembira melihatnya gigih berusaha.

Mari ikuti perkongsian 0leh salah seorang warga maya, Norazman Md Nor tentang cerita ‘live bundle’ mak ini.

- Advertisement -

Mak ni live time-time macam ni (3 pagi), jual baju bundle. Semua sehelai RM1. Dari view 3-4 orang tiba-tiba mendadak naik view sampai RM170. Menangis dia.

Dia up sehelai-sehelai baju tu sambil tersedu-sedu, bergenang air mata dia. Kemudian ada dua orang hamba Allah ni terbuka hati nak lock 100 dan 50 helai baju-baju bundle mak.

- Advertisement -

Dia jadi serba-salah dengan viewer live dia, risau dengan yang tak dapat, risau yang lain-lain marah dan tak puas hati. Then ramai-ramai cakap patut ambik, habiskan baju bundle tu. 

Mak rehat awal malam ni. Fuh nangis weh.

Akak yang lock 100 dan 50 helai tu mintak mak dan viewer ramai-ramai tu doakan semoga diorang dikurniakan zuriat. Thats it, thats all.

Ada 130 lebih macam tu pakaian bundle. Akak-akak yang lock tu cakap ‘mak ambiklah duit baju tu, kemudian baju tu mak jual balik’. 

Mak cakap dia taknak, dia cakap tak elok. So mak decide nak sedekahkan je baju-baju tu nanti dekat mana-mana tempat yang memerlukan. Mengalir pahala tu tak putus-putus.

Dari niat mak cari rezeki, orang terikut nak beli dan senangkan mak supaya mak dapat rehat awal, sampaikan mak boleh jadi asbab untuk yang lain-lain buat pahala dan bersedekah.

Dan ada yang scroll FB mak ni, nampak mak ada buat nasi lemak, kemudian sedekah dekat masjid, surau. Ramai-ramai pakat nak suruh mak buatkan sampaikan value RM1,000 untuk sedekahkan.

“Help” bukan minta sedekah, tapi..

Jika merujuk kepada kapsyen siaran langsung mak atau nama akaun Facebook miliknya Rosidah Ahmad, beliau menulis ‘Help’ diikuti dengan dua tanda seru.

Menurut Norazman, ‘help’ yang dinyatakan itu bukanlah bermaksud untuk meminta tolong atau meminta sedekah, tetapi sebenarnya mak ‘menyeru’ orang ramai yang menonton siaran langsung itu untuk membeli jualannya.

“Mak tu tak pernah minta orang sedekah atau beli banyak-banyak pun. Kesian mak tu nangis-nangis lagi pagi tadi..dia taknak orang salah faham.

“Kesian dia, dia tak tahu nak buat live..nak pin nombor WhatsApp dan buat link WhatsApp pun dia tak reti. Ramai-ramai pakat tolong mak tu sikit-sikit waktu live tu,” jelas Norazman ketika dihubungi hari ini.

Tangkap layar salah satu status niaga di Facebook mak.

Difahamkan, mak menjual pakaian bundle adalah kerana untuk mencari duit poket sendiri bagi sara hidup. Dalam masa sama juga, mak gigih mengambil upah buat nasi lemak untuk disedekahkan di masjid dan surau di kawasan berhampiran rumahnya.

Agak menyentuh hati sebenarnya apabila melihat semangat mak yang berkobar. Bukan sahaja rajin berniaga pakaian bundle dan berani bersiaran langsung di group Facebook, malah mak juga turut tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia, iaitu membantu orang lain yang lebih memerlukan.

“Bila mak cakap mak nak sedekahkan pakaian bundle tu, mak hafal semua nama-nama tempat yang perlukan bantuan. Means..mak dah tahu tempat-tempat yang perlukan bantuan makanan dan pakaian.

“Kalau tengok live mak tu, mak langsung tak ambil apa-apa untung. Mak cuma buat untuk sampaikan niat orang sahaja. Memang sebak tengok mak buat live tu,” katanya lagi.

Tangkap layar salah satu status niaga di Facebook mak.

Jelas apa yang dikongsikan oleh Norazman tentang mak ini sangat mengetuk jiwa kita semua. Mak seorang yang rajin, berani, dalam masa sama tinggi sifat empati dan simpatinya untuk bersedekah kepada orang lain.

Jika anda mahu menonton siaran langsung mak dan membantu jualan pakaian bundlenya, bolehlah singgah ke group Terbaik E-Store itu. Ada rezeki, insyaAllah boleh tengok mak bercakap depan kamera.

Sama-sama kita doakan semoga rezeki mak dipermudahkan. Amiin

Sumber: Norazman Mohd Nor / Rosidah Ahmad

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL