spot_img

Sindir “Polis Trafik” Buat Kerja Part Time Halal Sebagai Food Panda Di Kecam Netizen

- Advertisement -

ZAMAN pandemik Covid19 ni ramai yang terjejas dari segi ekonomi. Namun begitu, ada juga segelintir rakyat Malaysia suka menjadikan ianya sebagai bahan jenaka.

Mungkin kita agak tertekan dengan pandemik ini, tetapi tidak perlulah sehingga menjadikan sesuatu yang sensitif sebagai bahan jenaka. Cuba kreatif sikit dalam berjenaka dan selitkan sedikit ilmiah.

Tular di media sosial gambar rider Food Panda memakai seluar dan kasut seperti anggota polis trafik mendapat perhatian  warga maya.

- Advertisement -

Jika kita perhatikan betul-betul, sebenarnya ia bukanlah seperti yang didakwa oleh laman Facebook itu tetapi ia adalah seorang rider Food Panda yang memakai seluar dan kasut seperti polis trafik.

Sekarang ni semua dihujung jari. Janganlah kita salah guna hingga membuat tuduhan yang tidak berasas, semata untuk meraih perhatian dan like dari netizen.

- Advertisement -

Seorang pengguna akaun Facebook bernama Achik Sufian memberitahu bahawa kasut yang dipakai oleh rider itu adalah jenis bikernstock. Kalis air dimana kebiasaan rider akan memakai kasut ini untuk selesa menjalankan tugasan panas dan hujan.

Manakala seluar yang dipakai oleh rider itu adalah seluar track yang mempunyai belang putih dibahagian tepinya seolah seluar yang dipakai oleh polis trafik.

- Advertisement -

Tetapi apa yang melucukan bagi netizen pula, kepsyen tersebut telah ditukar kepada “Cantik Tu Rim Motor Nya…”.

Bila dijengah ke bahagian “Edit History” ianya ditukar selepas mendapat kecaman yang hebat dari netizen.

Jika benar ia adalah seorang anggota polis trafik, janganlah kita memperlekehkan frontliners buat kerja part time halal sebagai Food Panda. Semangat besar dan pengorbanan mencari rezeki dengan cara halal yang adalah patut dicontohi, bukan dijadikan bahan jenaka.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

SPONSORED
Dapatkan servis percuma dengan kami khas untuk para wanite saja

ᴄᴏɴᴛᴀᴄᴛ ᴜꜱ ɴᴏᴡ >

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL