spot_img

(Video) Kereta Pasangan ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ & Menghalang Anggota Polis Menjalankan Tugas Semasa Pemeriksaan

- Advertisement -

Pada 10/03/2021 @ 0304 pagi, pihak Polis IPD Kajang telah menerima laporan berhubung satu kejadian sebuah kereta ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ anggota Polis yang sedang dalam tindakan melakukan pemeriksaan di kawasan letak kereta McDolands, ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 9, Bandar Baru Bangi . Laporan Polis ini telah dirujuk kepada Bahagian Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ IPD Kajang Untuk tindakan dan siasatan lanjut .

Siastan awal yang dijalankan, mendapati kejadian yang dilaporkan berlaku pada 09/03/21 @ 10.30 malam apabila, sepasukan anggota Ronda Cegah ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ Balai Polis Bandar Baru Bangi sedang melakukan rondaan dan terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan diparkir dalam keadaan enjin dihidupkan. Anggota terlibat menghampiri kereta berkenaan dan cuba membuat pemeriksaan dengan menyuluh ke dalam serta mengetuk cermin kereta tersebut yang mana terdapat 1(L) dan 1(P) yang berada di dalam kereta itu.

Sejurus pasangan tersebut mengetahui kehadiran polis dan telah diarahkan keluar oleh anggota yang terlibat, lelaki yang berada di dalam kereta tersebut terus memandu cuba melarikan diri dengan bertindak ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ motorsikal serta anggota yang berada di hadapan kereta tersebut . Ekoran itu seorang anggota yang berada di hadapan kereta itu terpakasa berpaut dalam keadaan kereta bergerak dengan jarak lebih kurang 150 meter sebelum berjaya melepaskan diri.

- Advertisement -

Anggota yang terlibat dalam kejadian ini telah menggunakan segala usaha dan tindakan yang perlu untuk memberhentikan kereta tersebut namun ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ dalam kejadian ini terus melarikan diri ke arah Jalan Persiaran Jaya Bandar Baru Bangi.

Ekoran itu, anggota yang terlibat telah alami kecederaan ringan dan motorsikal yang ditunggang mengalami kerosakan. Walau pun ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ berjaya melarikan diri, namun anggota yang terlibat telah dapat mengecam no pendaftaran kereta ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ.

Bertindak daripada maklumat nombor kenderaan yang telah dicamkan, pihak Polis IPD Kajang telah berjaya melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki dan perempuan Melayu yang terlibat dalam kejadian ini. Permohonan ʀᴇᴍᴀɴ ke atas kedua-dua tangkapan akan dibuat di ᴍᴀʜᴋᴀᴍᴀʜ Bandar Baru Bangi pada pagi ini 10/03/2021 bagi tujuan siasatan lanjut.

- Advertisement -

Kes disiasat di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 186/307/332 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.

Terima kasih

- Advertisement -

Kenyataan Media KPD Kajang
10/03/2021 @ 1055 hrs

Sampai polis terpaksa paut pada kenderaan

Bangi: Seorang anggota polis terpaksa ‘memanjat’ bahagian hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas motosikal ditunggangnya ᴅɪʟᴀɴɢɢᴀʀ kenderaan itu dalam kejadian di tempat letak kereta restoran makanan segera di Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 3.04 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika sepasukan anggota Ronda Cegah ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ Balai Polis Bandar Baru Bangi melakukan rondaan di kawasan berkenaan 10.30 malam.

“Anggota bertugas kemudian terserempak dengan kenderaan dalam keadaan mencurigakan yang diparkir dengan enjin dihidupkan.

“Mereka menghampiri kenderaan berkenaan dan cuba membuat pemeriksaan dengan menyuluh ke dalam serta mengetuk cermin kenderaan yang dinaiki seorang lelaki serta seorang wanita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, sebaik pasangan itu menyedari kehadiran anggota polis yang mengarahkan mereka keluar, lelaki yang memandu kenderaan berkenaan cuba melarikan diri dan ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ motosikal serta anggota yang berada di hadapan MPV terbabit.

“Ekoran itu, seorang anggota yang berada di hadapan kenderaan itu terpaksa berpaut dalam keadaan ia bergerak dengan jarak kira-kira 150 meter sebelum dia berjaya melepaskan diri.

“Anggota yang terbabit dalam kejadian ini sudah menggunakan segala usaha dan tindakan yang perlu untuk memberhentikan kenderaan berkenaan, namun ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ terus melarikan diri ke arah Jalan Persiaran Jaya Bandar Baru Bangi.

“Susulan itu, anggota terbabit mengalami cedera ringan dan motorsikal yang ditunggangnya dilaporkan rosak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengesan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ yang melarikan diri susulan anggota bertugas dapat mengecam nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, kami menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 19 dan 20 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini.

“Permohonan ʀᴇᴍᴀɴ ke atas kedua-dua ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ akan dilakukan di ᴍᴀʜᴋᴀᴍᴀʜ Bandar Baru Bangi, hari ini, untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 186/307/332 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ serta ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, satu video berdurasi 40 saat menunjukkan dua anggota polis melepaskan tembakan ke arah tayar MPV berkenaan yang cuba ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ dua anggota polis terbabit tular di media sosial, hari ini.

Dalam rakaman itu, seorang anggota polis juga dilihat berpaut pada bahagian hadapan MPV terbabit yang sedang bergerak.

Pemandu MPV terbabit turut dilihat memecut kenderaan dan ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ kon di laluan berkenaan.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

SPONSORED
Dapatkan servis percuma dengan kami khas untuk para wanite saja

ᴄᴏɴᴛᴀᴄᴛ ᴜꜱ ɴᴏᴡ >

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL