spot_img

ᴍᴀʏᴀᴛ Disorok Bawah Katil, Wanita ʙᴜɴᴜʜ Penjual Kuih ‘Jiran’ Kerana Perlukan Wang

- Advertisement -

SEORANG wanita tergamak memʙᴜɴᴜʜ jirannya sebelum ᴍᴀʏᴀᴛnya disorok di bawah katil dalam kediamannya di tingkat dua sebuah blok pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1 di sini.

Perkara itu terbongkar, petang kelmarin sebaik polis menjalankan siasatan berhubung kes seorang peniaga kuih warga Indonesia yang dilaporkan hilang oleh suaminya sejak tiga hari yang lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya,Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata suami ᴍᴀɴɢꜱᴀ, warga tempatan berusia 47 tahun pada mulanya pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam dan mendapati pintu hadapan tidak berkunci.

- Advertisement -

“Dia mendapati isterinya yang berusia 54 tahun tiada namun barangan peribadi termasuk telefon bimbitnya masih ada di dalam rumah.

“Selepas gagal mencari isterinya, lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis UJS 8 pada jam 12.01 tengah malam (kelmarin),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, malam tadi.

Abd Khalid berkata, kali terakhir lelaki itu bertemu dan berhubung dengan isterinya kira-kira jam 1.20 petang dan jam 3.45 petang, tiga hari lepas.

- Advertisement -

“Semasa diambil keterangan, suami ᴍᴀɴɢꜱᴀ mengesyaki kehilangan isterinya ada kaitan dengan jiran mereka yang rumahnya terletak hanya kira-kira 10 meter.

“Ini kerana dia ada mendengar cerita mengatakan jirannya (suspek) menggadaikan barang kemas tidak lama selepas isterinya hilang dan mengetahui wanita berkenaan ada masalah kewangan serta hutang,” katanya.

Susulan itu, katanya, wanita berusia 39 itu dipanggil ke Balai Polis USJ 8 pada jam 3 petang, kelmarin untuk disoal siasat dan selepas hampir tiga jam, dia akhirnya mengaku memʙᴜɴᴜʜ ᴍᴀɴɢꜱᴀ di kediamannya.

- Advertisement -

“Kira-kira jam 8 malam semalam, suspek dibawa ke rumahnya oleh anggota Bahagian Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ Berat (D9) dan menunjukkan ᴍᴀʏᴀᴛ ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang diselubung dengan selimut disorok di bawah katil.

“Suspek dikatakan menelefon ᴍᴀɴɢꜱᴀ memintanya datang ke rumah dengan alasan tangannya ᴄᴇᴅᴇʀᴀ dan membantu menjaga dua anaknya yang berusia setahun dan tiga bulan, kira-kira jam 4 petang tiga hari lepas .

“Suspek mendakwa dia menghentak belakang badan ᴍᴀɴɢꜱᴀ dengan tangan sehingga terjatuh sebelum menghentak kepala ᴍᴀɴɢꜱᴀ ke lantai,” katanya yang turut memaklumkan suspek bekerja sebagai pembuat kuih di gerai ᴍᴀɴɢꜱᴀ.

Menurutnya, motif pemʙᴜɴᴜʜan ini dipercayai berpunca masalah kewangan dihadapi suspek dan terdesak membayar hutang berjumlah kira-kira RM5,000.

“ᴍᴀɴɢꜱᴀ memakai banyak barang kemas dan mungkin ia mendorong suspek memʙᴜɴᴜʜ ᴍᴀɴɢꜱᴀ bagi mendapatkan barang kemas terbabit dan menggadainya untuk melangsaikan hutang.

“Buat masa ini, kita masih mengesan barang kemas terdiri daripada rantai leher dan gelang yang dikatakan sudah digadai suspek dan tidak dapat pastikan jumlahnya,” katanya.

Abd Khalid berkata, ketika kejadian suami suspek, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan bekerja sebagai kru produksi tiada di rumah namun turut ditahan bagi membantu siasatan.

ᴍᴀʏᴀᴛ ᴍᴀɴɢꜱᴀ dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu memʙᴜɴᴜʜ.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam pagi semalam, untuk permohonan reman.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

SPONSORED
Now ALL in ONE garage! We wrap and service your car. Choose your design at reasonable price!

ᴄᴏɴᴛᴀᴄᴛ ᴜꜱ ɴᴏᴡ >

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL