spot_img

Dah 5 Hari Anak Hilang Lepas COD Handphone, Ibu ʙᴜɴᴛᴜ Mohon Doa Semua

- Advertisement -

Seorang ibu ʙᴜɴᴛᴜ memikirkan nasib anaknya yang sudah lima hari ɢʜᴀɪʙ tanpa khabar selepas membuat penghantaran (COD) telefon pintar jeis i-Phone kepada pelanggannya.

Anna Rohana menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya berharap agar anak sulungnya, Muhammad Amirul Shafiq, 25, pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

- Advertisement -

Anna berkata, pencarian Muhammad Amirul atau lebih mesra dipanggil Abang Yu itu masih giat dijalankan oleh seluruh ahli keluarga.

“Mama tunggu Abang Yu balik sayang…Mama tau abang Yu kuat. ʙᴇʀᴛᴀʜᴀɴ sikit saja lagi. Saudara-saudara kita sedang mencari Abang Yu.

“Setiap minit dan jam mama sentiasa mendoakan ᴋᴇꜱᴇʟᴀᴍᴀᴛᴀɴ abang Yu. Semoga Allah sentiasa ᴍᴇʟɪɴᴅᴜɴɢɪ abang Yu.

- Advertisement -

“Sabar ya sayang, ᴋᴇᴘᴇʀɪᴛᴀɴ yang sedang abang Yu ᴛᴇᴍᴘᴜʜɪ adalah ᴋᴇᴘᴇʀɪᴛᴀɴ mama juga. ꜱᴀᴋɪᴛ abang Yu ꜱᴀᴋɪᴛ mama juga.

“Kerana kau adalah ᴅᴀʀᴀʜ ᴅᴀɢɪɴɢᴋᴜ, kau sebahagiaan dari diriku…Ya Allah lindungilah anakku, kembalikanlah dia kepangkuan ku dengan selamat,” tulisnya.

- Advertisement -

Sementara itu bapa Muhammad Amirul berkata, usaha ᴍᴇɴᴊᴇᴊᴀᴋɪ anaknya sejak ᴅɪʟᴀᴘᴏʀᴋᴀɴ ʜɪʟᴀɴɢ ᴅɪ ꜱᴜɴɢᴀɪ ʙᴇꜱɪ ᴘᴀᴅᴀ ꜱᴀʙᴛᴜ ʟᴀʟᴜ, ᴍᴇɴᴇᴍᴜɪ ᴊᴀʟᴀɴ ʙᴜɴᴛᴜ.

Sudirman Daek, 50, berkata kali terakhir Muhammad Amirul yang juga peniaga telefon bimbit membuat penghantaran tiga unit telefon pintar Apple iPhone 12 berharga lebih 17,000 kepada seorang pembeli di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi, pada 7.30 malam.

Berikutan ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ anaknya itu, Sudirman berkata, dia sudah membuat ʟᴀᴘᴏʀᴀɴ polis pada awal pagi Ahad lalu selepas pelbagai usaha mencari Muhammaad Amirul tidak berhasil.

Dalam pada itu, adik kepada Muhammad Amirul iaitu Amira turut meluahkan perasaannya selepas usaha mencari abangnya sejak lima hari lalu menemui jalan ʙᴜɴᴛᴜ.

Amira di laman sosial Instagramnya berkata, abangnya itu ʙᴇʀᴋᴇʟᴀᴋᴜᴀɴ ᴘᴇʟɪᴋ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ʜᴀʀɪ ꜱᴇʙᴇʟᴜᴍ ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴɴʏᴀ.

“2 hari before kau ʜɪʟᴀɴɢ , kau ᴘᴇʟɪᴋ sangat sebab tiba2 je kau nak belanja kiteorang makan sbb kau busy xde masa.

“Tapi tiba2 kau belanja makan, kau bungkuskan makanan favourite mama mee celup. And then esoknya kau bagi duit untuk belikan mama mcdonals . Ya allah yu kau mcm tahu2 je benda ni nak jadi.”

Terdahulu, ayah kepada Amirul iaitu Sudirman Daek, 50, mengetahui ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ anak sulung daripada empat beradik itu selepas diberitahu oleh rakan anaknya itu pada 11 malam hari berkenaan.

Menurutnya, kali ᴛᴇʀᴀᴋʜɪʀ Muhammad Amirul yang juga peniaga telefon bimbit membuat penghantaran tiga unit telefon pintar Apple iPhone 12 berharga lebih RM17,000 kepada seorang pembeli di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi, pada 7.30 malam.

“Selepas itu, anak saya ɢᴀɢᴀʟ dihubungi oleh rakan kongsinya iaitu Muhd Yusof Sakir Ahmad. Rakannya itu cuba menghubungi Amirul beberapa kali, namun tidak berhasil lalu memaklumkan ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ Amirul kepada saya.

“Saya segera berjumpa Yusof dan kami cuba mencarinya di lokasi terakhir. Kami terkejut apabila menemui motosikalnya ditinggalkan tidak berkunci di sebuah kedai makan di kawasan terbabit.

“Saya ᴍᴇɴɢᴇꜱʏᴀᴋɪ Amirul ᴅɪʟᴀʀɪᴋᴀɴ individu lain kerana dia tidak pernah meninggalkan motosikal kesayangannya itu tidak berkunci, malah ke mana saja dia pergi, pasti akan beritahu saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berikutan ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ anaknya itu, Sudirman berkata, dia sudah membuat laporan polis pada awal pagi Ahad lalu selepas pelbagai usaha mencari Amirul tidak berhasil.

Menurutnya, apa yang dibimbangi adalah ᴋᴇꜱᴇʟᴀᴍᴀᴛᴀɴ anaknya itu dan berharap Amirul akan ditemui dengan segera.

Yusof, 23, yang juga rakan baik Amirul berkata, dia ᴘᴇʟɪᴋ ᴀᴘᴀʙɪʟᴀ ᴀᴍɪʀᴜʟ ɢᴀɢᴀʟ dihubungi selepas membuat penghantaran telefon kepada pelanggan mereka.

“Kebiasaannya kami membuat penghantaran bersama tapi pada hari kejadian, kami terpaksa ʙᴇʀᴘᴇᴄᴀʜ kerana saya perlu membuat penghantaran di tempat lain.

“Sepanjang masa kami berhubung melalui WhatsApp dan mesej terakhir dia beritahu berada di kedai makan menunggu pembeli keluarkan duit nak buat bayaran secara tunai. Kemudiannya WhatsApp saya tidak berbalas lagi dan saya cuba menghubunginya tapi gagal.

“Saya ada hubungi pembeli terbabit tapi lelaki itu ᴍᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ tidak berjumpa Amirul. Apa yang ᴘᴇʟɪᴋɴʏᴀ, dia ᴍᴇɴʏᴇᴋᴀᴛ panggilan saya dan tidak meminta saya pulangkan deposit RM100 yang dibayar sebelum ini,” katanya yang turut membuat laporan polis pada hari kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah ᴄʜᴇʀᴀꜱ ᴀꜱɪꜱᴛᴇɴ ᴋᴏᴍɪꜱɪᴏɴᴇʀ Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes masih dalam ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

SPONSORED
Dapatkan servis percuma dengan kami khas untuk para wanita saja

Contact Us Now

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL