spot_img

“Kami Rakyat Malaysia Juga!” Rakyat Dari Myanmar Di Bukit Malut Tuntut Layanan Sama Rata

- Advertisement -

Warga Myanmar yang tinggal di Bukit Malut, Langkawi, Kedah dilaporkan menuntut agar mereka dilayan sama rata seperti rakyat Malaysia yang lain serta diberikan keistimewaan sama seperti rakyat tempatan.

Difahamkan, mereka memberi alasan bahawa keturunan asal mereka merupakan rakyat Kedah yang dikenali sebagai Melayu Islam Kedah (MIK) dan mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah membenarkan mereka tinggal di Bukit Malut sejak awal 80-an lagi.

Sejak daripada itu, dianggarkan, ada kira-kira 1,000 rumah dibina di kawasan Bukit Malut yang merangkumi hutan paya, pesisir laut dan lereng bukit dengan jumlah penduduk dikatakan sudah melebihi 10,000 orang ketika ini, berbanding hanya kira-kira 800 rumah beberapa tahun lalu.

- Advertisement -

Namun mereka ᴋᴇꜱᴀʟ dengan sebahagian rakyat Malaysia yang seolah-olah menafikan hak dan kehadiran mereka, malah ada pula sebahagian daripada rakyat tempatan yang masih menganggap mereka ini adalah pendatang ᴀꜱɪɴɢ tanpa izin (PATI).

Abdullah Mohd yang berusia 50 tahun, bekerja sebagai Imam Masjid Bukit Malut berkata bahawa kebanyakan warga Myanmar di Bukit Malut layak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia kerana telah mendapat status rakyat Malaysia dan memiliki kad pengenalan.

Tambah Abdullah lagi, penduduk warga Myanmar yang menetap di Bukit Malut juga layak mendapat keistimewaan sama seperti rakyat tempatan dengan alasan bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia.

- Advertisement -

Dia merasakan adalah tidak adil jika penduduk Bukit Malut dinafikan hak mereka oleh kerajaan Malaysia walaupun mereka telah lama mendapat kerakyatan, “kami pun rakyat Malaysia dan perlu mendapatkan kemudahan sama seperti masyarakat lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Manakala Jamaluddin, berusia 57 tahun pula berharap agar kerajaan Malaysia membela nasib mereka selaku sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Beliau juga menuntut agar disediakan satu kawasan penempatan baharu yang lebih selesa.

- Advertisement -

Ini bagi membuka peluang kepada generasi baharu keluarga di Bukit Malut untuk berkembang masa depan mereka kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga warga Myanmar yang diberikan kerakyatan mendapat pekerjaan di agensi kerajaan dan mendapat tempat di pusat pengajian tinggi, kata Yaakub.

Untuk rekod, Pada Jun tahun 2019, Berita Harian pernah mendedahkan bahawa Bukit Malut sudah dianggap sebagai kawasan paling hitam di Langkawi berikutan berlaku banyak ᴋᴇɢɪᴀᴛᴀɴ ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ, termasuk ᴘᴇɴʏᴇʟᴜᴅᴜᴘᴀɴ ʙᴇʀɪᴋᴜᴛᴀɴ ᴋᴇʜᴀᴅɪʀᴀɴ ᴡᴀʀɢᴀ ᴀꜱɪɴɢ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴛᴇʀᴋᴀᴡᴀʟ.

Penempatan ʜᴀʀᴀᴍ Bukit Malut juga membesar dengan lebih banyak rumah dibina dan tapak baharu diteroka tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Penempatan mereka dikatakan bermula di kawasan rizab hutan paya bakau, tetapi kini sudah merangkumi kawasan lereng bukit sehingga menghampiri jalan utama.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

SPONSORED
Dapatkan servis percuma dengan kami khas untuk para wanita saja

Contact Us Now

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL