spot_img

Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing

- Advertisement -

SEORANG wanita tidak menjangkakan pengalaman beliau berjalan berkaki ayam di atas pasir pantai di sebuah pusat peranginan akhirnya ᴍᴇɴɢᴜɴᴅᴀɴɢ ᴘᴀᴅᴀʜ kepada dirinya sendiri setelah tapak kakinya itu dimasuki cacing yang kemudiannya bersarang di situ.

Menerusi satu posting yang dimuatnaik oleh Nurul Ezzatul Akma di ruangan Facebook, beliau memberitahu tentang ᴘᴇɴɢᴀʟᴀᴍᴀɴ ʜɪᴛᴀᴍ semasa bercuti bersama dengan keluarga di pantai Port Dickson baru-baru ini.

Akma memberitahu, beliau telah disahkan terkena ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ ᴄᴀᴄɪɴɢ apabila berjalan ‘berkaki ayam’ di persisiran pantai tersebut.

Akma bersama dengan anak-anaknya ketika bercuti di Port Dickson

- Advertisement -

Pada mulanya, beliau cuma menganggap garisan yang muncul di kaki kirinya itu adalah disebabkan masalah urat saraf selepas seminggu pulang daripada percutian mereka itu.

Beliau sangkakan ianya kesan melecet

Garisan tersebut mula timbul dan seperti mempunyai cecair di bahagian telapak kakinya.

- Advertisement -

Akma juga telah berjumpa dengan tukang urut bagi mendapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ dan diberitahu dirinya mengalami ᴍᴀꜱᴀʟᴀʜ urat saraf pada bahagian tapak kakinya.

Tapak kakinya mula berasa sangat gatal selepas berurut

Selepas itu, beliau terus merujuk ke hospital persendirian di Ara Damansara. Doktor mengesahkan telapak kaki kiri beliau ᴅɪᴊᴀɴɢᴋɪᴛɪ cacing dan ianya sudah ᴛᴇʀᴛᴀɴᴀᴍ di dalam kulitnya.

Cacing kerawit yang berada dalam kaki Akma

- Advertisement -

Doktor juga memberitahu Akma, ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ cacing tersebut disebabkan oleh ꜱɪꜱᴀ ɴᴀᴊɪꜱ ᴋᴜᴄɪɴɢ dan ᴀɴᴊɪɴɢ yang berada di dalam pasir pantai.

Kemudian, Akma diberikan ᴜʙᴀᴛ makan dan jika tiada apa-apa perubahan, beliau disarankan berjumpa dengan pakar kulit untuk ᴍᴇᴍʙᴜᴀɴɢ cacing berkenaan.

Pada mulanya, beliau masih lagi boleh merasa cacing kerawit itu bergerak di dalam kakinya tetapi ianya sudah hilang selepas pengambilan dos ubat yang ketiga.

“Kata doktor, cacing kerawit boleh masuk ke dalam salur ᴅᴀʀᴀʜ kalau tak berhati-hati”

“Cacing kerawit sehalus benang dan boleh masuk ke dalam badan manusia tanpa ada sebarang ʟᴜᴋᴀ ᴀᴛᴀᴜᴘᴜɴ ᴋᴜʟɪᴛ ʏᴀɴɢ ʀᴏꜱᴀᴋ”

Kini keadaan kaki Akma sudah pulih sepenuhnya. Beliau juga menasihatkan orang lain serta rakan-rakannya supaya belajar daripada pengalaman beliau.

Seorang warga maya kongsikan satu tips tanpa pergi jumpa pakar

Reaksi Warga Maya

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL