spot_img

“Tunggu kejap, nenek tengah main…” Keletah Melucukan, Nenek Tengah Syok Main ‘ᴛᴇᴍʙᴀᴋ-ᴛᴇᴍʙᴀᴋ’ Itu Mencuri Perhatian Netizen

- Advertisement -

Kanak-kanak sibuk dengan PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG Mobile sepanjang musim cuti sekolah ini bukan sesuatu yang pelik, tapi lain halnya apabila keletah melucukan seorang nenek bermain permainan ᴛᴇᴍʙᴀᴋ-ᴍᴇɴᴇᴍʙᴀᴋ itu telah mencuri perhatian netizen.

Rakaman tersebut yang dimuat naik oleh Mikhail Isaaq Mohd Rozi, 23, ditonton sebanyak 101,913 kali sejak ia dimuat naik, Jumaat lalu.

Melalui rakaman itu, Sharifah Hasiah Syed Hitam dan isteri Mikhail Isaaq iaitu Siti Hajar Mohamad Hanif, 22, dilihat bermain PUBG Mobile di ruang dapur rumah mereka.

- Advertisement -

“Nenek lama dah tak main, rindu nak main (PUBG Mobile). Nenek nak cari ᴘɪꜱᴛᴏʟ… nak tangkap pencuri.

“Nanti sekejap nenek tengah main,” kata warga emas itu kepada cucunya dalam rakaman video berkenaan.

- Advertisement -

Kata usahawan kosmetik tersebut, nenek isterinya itu memang gemar mencuba perkara baharu dan merupakan seorang yang ceria.

“Sebenarnya, nenek datang sini (Kuala Lumpur) untuk melawat saudara yang ꜱᴀᴋɪᴛ.

“Ketika dia tinggal di rumah kami, isteri saya ajar dia bermain PUBG Mobile dan dia pun seronok mencubanya,” kata Mikhail Isaaq ketika dihubungi.

- Advertisement -

Bagaimanapun, pemuda itu menjelaskan bahawa wanita berusia 74 tahun itu bukan selalu bermain permainan telefon pintar tetapi sekadar mencubanya untuk suka-suka.

Wanita yang menetap di Pasir Mas, Kelantan itu juga suka bergambar dan menghasilkan video untuk simpanan peribadi.

“Nenek ni suka sangat bila pergi mana-mana minta kita ambil gambar serta rakam video dia.

“Tapi, dia tiada laman sosial. Kami lah yang selalu muat naik aksi comelnya ke akaun Instagram untuk kenangan,” ujarnya.

Sebelum ini, Sharifah Hasiah pernah tular di media sosial gara-gara videonya menyimpan pinggan mangkuk di dalam peti sejuk.

Pasangan suami isteri itu sering berkongsi video melucukan nenek mereka untuk menghiburkan orang ramai.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL