Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Kulit Wanita Ini Mereput Sampaikan Anak Kata "Macam Hantu", Niat Sokong Bisnes Kawan Bertukar Musibah
spot_img

Kulit Wanita Ini Mereput Sampaikan Anak Kata “Macam Hantu”, Niat Sokong Bisnes Kawan Bertukar Musibah

- Advertisement -

IBU dua anak berdepan ᴛʀᴀᴜᴍᴀ apabila kulit muka dan lehernya mengalami kesan ᴍᴇʟᴇᴄᴜʀ yang teruk gara-gara kecuaian seorang pakar kecantikan sebuah spa bergerak.

Semasa kejadian pada tengah hari Ahad lalu, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Siti Zalina memberitahu pakar kecantikan itu yang juga rakannya tertumpah air panas daripada alat stim muka tepat di wajahnya.

“Awalnya saya ingat hanya cuci muka biasa-biasa tapi pelik tiba-tiba tengok ada alat stim muka kat tepi. Waktu tu saya terfikir macam tak selamat je.

- Advertisement -

“Saya tak tahulah dia tak sempat tolak alat tersebut ke apa, sebab tiba-tiba alat tu jatuh atas muka saya. Air yang menggelegak tu masuk kena mata, muka dan mengalir sampai ke leher.

“Waktu tu rasa macam terbakar hidup-hidup. Saya tak menjerit, tak boleh cakap apa-apa sebab terlampau sakit. Sebaik saja air panas tu masuk mata saya terus pergi ke sinki dan basuh dengan air.

“Saya ambil bekas besar dan rendam muka. Tapi sakit tu tak hilang, makin lama makin sakit,” katanya ketika dihubungi.

- Advertisement -

Sejurus selepas ɪɴꜱɪᴅᴇɴ itu, Siti Zalina berkata rakannya itu hanya meminta maaf di atas apa yang berlaku.

“Dia hanya cakap sorry, sorry tak sengaja. Saya rasa sama ada dia pegang alat tu kemudian dia terlepas ataupun dia tertolak.

“Bila saya tanya dia tak nak jawab tapi saya tak marah waktu tu sebab saya fikir dia kawan saya,” katanya.

Inazalina sebak memikirkan mengenai masa depan kariernya selepas ɪɴꜱɪᴅᴇɴ itu. – foto Facebook Inazalina Zalina.
- Advertisement -

Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, wanita berusia 34 tahun itu menghubungi suaminya untuk menemaninya ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ.

“Suami saya balik dan kami pun turun sama-sama. Kawan saya tu masuk kereta dia dan tak ikut sekali ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ.

“Kawan saya kemudiannya balik tanpa ikut kami ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ. Sebaik tiba kami ke bahagian kecemasan sebuah ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ swasta. Mula-mula mereka macam tak nak terima saya sebab kes ᴍᴇʟᴇᴄᴜʀ.

“Lepas tu dia bagi air drip satu botol biar mengalir kat muka, saya juga ambil suntikan tapi sakit memang tak hilang-hilang.

“Jururawat ambil gambar saya dan hantar dekat doktor pakar. Biasalah  Ahad tak ada (doktor) pakar dan nasib baik mereka nak ambil kes saya. Alhamdulillah,” katanya.

Siti Zalina yang bekerja di sebuah syarikat insurans tidak menduga ʟᴜᴋᴀ ᴍᴇʟᴇᴄᴜʀ yang dialaminya akan menjadi lebih serius.

“Saya ingatkan hanya sapu krim kemudian saya boleh balik. Tapi bila doktor datang barulah dia jelaskan mengenai tahap ʟᴜᴋᴀ saya.

“Saya disuruh puasa dan perlu segera jalani ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ kerana kulit saya sudah mereput, hitam memang teruk sangat.

“Kulit saya yang mereput itu perlu dikoyakkan dan dibuang kerana bimbang berlaku jangkitan jika tidak dilakukan segera. Waktu tu saya memang terkejut sangat-sangat,” katanya.

Memandangkan karier Siti Zalina yang menuntutnya untuk berhadapan dengan orang ramai, keadaan emosinya terganggu selepas ɪɴꜱɪᴅᴇɴ itu.

“Saya jadi down sangat-sangat. Tiga hari saya menangis. Saya fikir macam mana saya nak berdepan dengan orang ramai sebab saya kerja di bahagian frontliner,” katanya dalam nada sebak.

“Doktor cakap saya tak boleh kena cahaya matahari sekurang-kurangnya sebulan. Saya juga tak boleh pakai apa-apa di muka selama enam bulan kecuali Bio Oil. Kulit saya dah rosak jadi warna kulit akan sentiasa berubah-ubah.

“Nak kembali ke kulit asal mungkin tak akan berlaku sebab melanin kulit dah mati. Jadi warna kulit selepas ini bergantung kepada badan masing-masing. Kadang-kadang boleh jadi gelap, mungkin boleh jadi terlalu cerah atau mungkin berbelang hingga ke leher,” katanya.

ʟᴜᴋᴀ Inazalina mengalami ʟᴜᴋᴀ ᴍᴇʟᴇᴄᴜʀ yang agak teruk di bahagian muka dan leher.

Lebih ᴍᴇᴍɪʟᴜᴋᴀɴ, wanita berasal dari Pelabuhan Klang itu sebak apabila wajah terbaharunya itu menyebabkan anak bongsunya enggan mendekatinya.

“Anak kedua saya sampai takut tengok muka saya. Bayangkan anak yang selalu kita peluk tu, dia datang kata muka saya macam hantu. Dia macam ketakutan tak nak dekat dengan saya.

“Itu yang buatkan saya sedih. Sepanjang saya berada di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ, saya hanya jumpa dua anak saya dua kali sahaja. Bila saya call dia macam ok tapi bila berdepan dia jadi takut,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Zalina turut terkilan dengan kecaman netizen yang menyifatkan dia sengaja mencari fasal dengan mencari spa bergerak yang murah untuk mendapatkan rawatan wajah.

“Orang cakap saya gila cari spa murah, bukan… mereka ingat saya gila bayar murah… bukan. Sebenarnya saya memang tak suka pun sebab kulit muka saya ꜱᴇɴꜱɪᴛɪꜰ. Seumur hidup saya pergi spa sekali dua sahaja.

“Demi Allah saya hanya mahu sokong bisnes kawan-kawan. Lagipun saya kenal anak-anak dia (perunding kecantikan). Dia dah ajak banyak kali, itupun saya dah tolak berkali-kali tapi mungkin nasib saya, Allah nak uji,” katanya.

Sementara itu, Siti Zalina menasihati orang ramai agar tidak menjalani rawatan muka menerusi spa bergerak yang tumbuh bak cendawan selepas hujan kebelakangan ini.

“Saya hanya mahu menyedarkan orang ramai supaya ɪɴꜱɪᴅᴇɴ ini tidak berlaku kepada sesiapa selepas ini. Saya sendiri tertanya-tanya adakah spa bergerak ini betul-betul berdaftar, sijil diiktiraf atau sebaliknya.

ɪɴꜱɪᴅᴇɴ Ahad lalu ibarat mimpi ngeri buat ibu dua anak ini.

“Apa sahaja boleh berlaku. Ini sekadar peringatan. Saya bernasib baik sebab tak buta. Itu yang pelik sebab air yang menggelegek itu betul-betul jatuh tepat pada mata. Syukur kerana Allah selamatkan saya.

“Saya juga bersyukur kerana ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ swasta terima kes saya. Kalau orang lain yang tak ada duit macam mana. Dapatkan rawatan wajah dengan pakar kecantikan yang bertauliah dan bukannya mereka yang sertai kursus sehari kemudian boleh buka spa bergerak sendiri,” katanya.

Siti Zalina berkata dia turut kecewa dengan sikap lepas tangan kawannya itu selepas ɪɴꜱɪᴅᴇɴ tersebut.

“Dia hanya melawat saya di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ selepas hari ketiga saya ᴅɪʙᴇᴅᴀʜ. Itu pun mungkin selepas dia terbaca posting saya di Facebook sebelum jadi viral.

“Dia datang bagi saya Vitamin C. Masalahnya benda tu bukan boleh pulihkan muka saya. Dia juga ‘bising-bising’ dekat suami saya tanya kenapa saya pergi ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ swasta dan bukannya ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ kerajaan.

“Keluarlah macam-macam cerita. Dia jadi lepas tangan. Sekurang-kurangnya tunjukkanlah sikap bertanggungjawab atas apa yang berlaku,” katanya yang masih lagi menerima rawatan di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL