spot_img

ᴋᴇᴊᴀᴍ! Anak ᴘɪᴊᴀᴋ Kucing Sampai ᴍᴀᴛɪ, Ibunya Kuis Pula Dengan Kaki

- Advertisement -

ᴋᴇᴊᴀᴍ! Begitulah yang boleh digambarkan mengenai ɪɴꜱɪᴅᴇɴ seekor anak kucing yang ᴍᴀᴛɪ ᴅɪᴘɪᴊᴀᴋ seorang kanak-kanak, menerusi video yang tular di media sosial.

Namun yang membangkitkan kemarahan netizen adalah perlakuan itu hanya dipandang ringan oleh ibu kanak-kanak itu yang turut menyaksikan kejadian tersebut.

Menerusi video berdurasi seminit, daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pangsapuri, ibu kanak-kanak terbabit hanya menguis anak kucing yang sedang nyawa-nyawa ikan itu menggunakan kakinya tanpa belas kasihan untuk menyelamatkannya.

- Advertisement -

Tindakan dua beranak itu turut dibangkitkan dengan penuh ᴋᴇꜱᴀʟ oleh Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika pada Ahad.

Maklumat mengenai video itu diterima beberapa hari lalu sebelum ia tular di media sosial pada Sabtu.

“Saya ᴋᴇꜱᴀʟ dengan tindakan kanak-kanak yang mungkin berusia di bawah 12 tahun itu, tetapi pada usia sebegitu, saya pasti dia boleh membezakan antara baik dan buruk.

- Advertisement -

“Tapi melihat keadaan ibu pelaku yang hanya membiarkan kucing itu selepas ᴅɪᴘɪᴊᴀᴋ bagaikan tiada perasaan sehingga hampir ᴍᴀᴛɪ, mungkin itulah yang dapat digambarkan pemikiran dan didikan terhadap anaknya,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Ibu kanak-kanak itu hanya menguiskan badan kucing tersebut menggunakan kakinya.
- Advertisement -

Menurut persatuan itu, anak kucing ᴍᴀᴛɪ itu akibat ᴘᴀᴛᴀʜ tengkuk berlaku di hadapan lif di sebuah blok di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, di Puchong, 27 November lalu.

Berdasarkan maklumat sumber, pelaku dan ibunya merupakan penduduk yang mendiami kawasan yang sama tetapi berlainan blok.

Arie berkata, beberapa penduduk prihatin dengan nasib kucing ᴍᴀʟᴀɴɢ tersebut lalu membawanya ke ᴋʟɪɴɪᴋ ᴠᴇᴛᴇʀɪɴᴀʀ untuk ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ namun ᴍᴀʟᴀɴɢɴʏᴀ ᴅᴏᴋᴛᴏʀ mengesahkan bahawa kucing itu telah pun ᴍᴀᴛɪ.

Namun apa yang lebih ᴅɪᴋᴇꜱᴀʟᴋᴀɴ, kata Arie, teguran penduduk kepada ibu kanak-kanak tersebut mengenai kelakuan ᴋᴇᴊᴀᴍ itu telah dibalas dengan ᴍᴀᴋɪ hamun kepada penduduk yang mengadu.

“Sudahlah tak tolong selamatkan kucing itu, penduduk dimarahi pula. Si ibu nampaknya membiarkan kelakuan ᴋᴇᴊᴀᴍ yang dibuat anaknya, tanpa belas kasihan.

“Sebagai ibu bapa, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik dan memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak dengan bersikap bertimbang rasa dan penyayang,” katanya.

Dua beranak itu hanya berlalu pergi membiarkan kucing yang sedang nyawa nyawa ikan akibat ᴅɪᴘɪᴊᴀᴋ.

Tambah Arie, pihaknya telah menghantar laporan berhubung kejadian yang tular itu kepada Jabatan Perkhidmatan ᴠᴇᴛᴇʀɪɴᴀʀ pada Ahad.

“Kita berharap pihak jabatan dapat menyiasat perkara ini dan mendapatkan maklumat berkaitan daripada persatuan kerana kes ᴘᴇɴɢᴀɴɪʏᴀᴀɴ terhadap haiwan di bawah ᴀᴋᴛᴀ Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Tambah Arie, tahun ini saja menyaksikan lebih 300 aduan membabitkan ᴘᴇɴɢᴀɴɪᴀʏᴀᴀɴ dan pengabaian terhadap haiwan, yang diterima persatuan itu daripada orang ramai.

Ia merupakan kejadian ᴋᴇɢᴀɴᴀꜱᴀɴ terhadap kucing yang terbaru, susulan ɪɴꜱɪᴅᴇɴ sekumpulan lelaki bertindak memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri di Gombak, Selangor pada September lalu.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

SPONSORED
Dapatkan servis kereta percuma khas untuk student setiap hari Sabtu!

ᴄᴏɴᴛᴀᴄᴛ ᴜꜱ ɴᴏᴡ! >

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL