spot_img

Majlis Kahwin Bertukar Jadi Doa Tahlil, Gadis Ini ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ Sehari Sebelum Bernikah

- Advertisement -

Tiada seorang pun yang tahu tentang perjalanan hidup kita melainkan Tuhan. Sudah semestinya soal ᴀᴊᴀʟ, jodoh dan rezeki telah ditetapkan oleh-NYA sejak azali lagi.

Namun, tiada siapa juga menyangka bagaimana akan berakhirnya kehidupan yang kita jalani.

Seperti yang berlaku kepada seorang gadis ini yang sepatutnya akan bernikah dengan bakal suami tetapi tidak kesampaian apabila dia pergi menghadap Ilahi sehari sebelum dinikahkan.

Segala persiapan perkahwinan sudah siap dilakukan

- Advertisement -

Menurut laporan, segala persiapan majlis perkahwinan gadis itu bersama bakal suaminya telah siap dilakukan. Ianya termasuk pelamin, khemah dan juga makanan yang akan dihidangkan untuk para tetamu yang hadir. Gadis berkenaan difahamkan akan melangsungkan majlis pernikahan di rumahnya pada Isnin (30 November) lalu.

Sempat pergi ke rumah bakal suami untuk menghantar baju pernikahan

Bapa gadis itu memberitahu, dua hari sebelum majlis ᴀʀᴡᴀʜ sempat menghantarkan baju untuk dipakai oleh bakal suaminya di hari pernikahan mereka. Namun, selepas itu dia mendapat panggilan mengejut daripada rakan ᴀʀᴡᴀʜ dan memberitahu ᴀʀᴡᴀʜ berada di hospital dan tidak sedarkan diri.

Dikatakan meminum ʀᴀᴄᴜɴ sebelum dimasukkan ke hospital

- Advertisement -

Rakannya ada memberitahu bapa gadis berkenaan bahawa ᴀʀᴡᴀʜ telah dimasukkan ke hospital dan tidak sedarkan diri kerana meminum ʀᴀᴄᴜɴ.

“Saya bergegas ke hospital dan sempat berjumpa dengan calon menantu untuk mengetahui perkara sebenar”

“Saya tanya anak saya di mana, dia beritahu di hospital. Kemudian saya tanya, anak saya minum ʀᴀᴄᴜɴ di mana, dia menjawab tidak tahu,” katanya.

- Advertisement -

Selepas ᴅɪʀᴀᴡᴀᴛ, ᴀʀᴡᴀʜ akhirnya ᴍᴇɴɢʜᴇᴍʙᴜꜱᴋᴀɴ ɴᴀꜰᴀꜱ terakhir pada Ahad malam (29 November), sehari sebelum majlis pernikahannya.

Majlis pernikahan bertukar menjadi majlis doa tahlil

Walau bagaimanapun, majlis tersebut tetap diteruskan dengan majlis tahlil yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.

Sehingga kini, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian berdasarkan hasil ʙᴇᴅᴀʜ ꜱɪᴀꜱᴀᴛ.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

SPONSORED
Dapatkan servis kereta percuma khas untuk student setiap hari Sabtu!

ᴄᴏɴᴛᴀᴄᴛ ᴜꜱ ɴᴏᴡ >

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL