spot_img

Gadis ᴋᴇꜱᴀʟ Gambar Bertudung Labuh Pun Lelaki Nak Komen ʟᴜᴄᴀʜ “Benda tu dah jadi bahan lawak untuk mereka”

- Advertisement -

MARAH dan terkejut, begitulah reaksi seorang gadis sewaktu melihat komen ʟᴜᴄᴀʜ yang diterimanya di laman sosial.

Lebih menyedihkan, foto yang dimuat naik oleh Nur Safiya Ezzati Che ꜱᴀᴋʀɪ, 24, bukanlah foto ꜱᴇᴋꜱɪ, sebaliknya lengkap menutup aurat dengan mengenakan tudung labuh.

Pengusaha spa itu ketika dihubungi mengakui itu bukanlah kali pertama dia menerima komen-komen ʙᴇʀʙᴀᴜʀ ʟᴜᴄᴀʜ, khususnya menerusi laman Instagram.

- Advertisement -

“Sebelum ni pun selalu kena juga. Kalau buat live Instagram pun mesti akan ada yang komen ʟᴜᴄᴀʜ.

“Rasa ᴍᴀʀᴜᴀʜ ᴍᴀᴄᴀᴍ ᴅɪᴘɪᴊᴀᴋ, pernah sampai satu tahap rasa macam nak nyah aktif (deactive) akaun.

“Tapi saya ni berniaga, kenalah ᴛᴏɴᴊᴏʟᴋᴀɴ diri. Mungkin saya perlu cegah dengan cara kurangkan muat naik gambar,” ujar Safiya pada Jumaat.

Antara komen serta mesej berbaur lucah yang diterima Safiya.
- Advertisement -

Menurut gadis itu lagi, dia juga pernah menjadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ apabila gambarnya dimuat naik ke laman ᴛᴜᴍʙʟʀ oleh individu tidak dikenali dan dijadikan sebagai bahan sembang ꜱᴇᴋꜱ.

Lebih ᴍᴇɴʏᴇᴅɪʜᴋᴀɴ apabila wujudnya lelaki lain yang seolah-olah menyokong komen-komen ʟᴜᴄᴀʜ yang ditulis untuk dirinya di laman ꜱᴏꜱɪᴀʟ.

“Benda tu dah jadi bahan lawak untuk mereka. Akan ada lelaki lain pula yang back up . Di mana ᴍᴀʀᴜᴀʜ mereka sampai sanggup komen ʟᴜᴄᴀʜ dekat perempuan yang mereka tak kenal pun?

- Advertisement -

“Bagaimana jika benda tu terjadi kepada ahli keluarga perempuan mereka? Bila saya lihat profile mereka, kebanyakannya bio di Instagram bersifat Islamik, tapi tetap komen ʟᴜᴄᴀʜ.

“Tapi takkan saya nak ᴍᴀʀᴀʜ balik, apa beza saya dengan individu tu? Jadi saya doakan sahaja, semoga Allah rahmati mereka,” katanya.

Paparan skrin perkongsian Safiya di Twitter.

Dalam pada itu, ᴘᴇɴᴅᴇᴅᴀʜᴀɴ Safiya yang memuat naik paparan skrin komen lelaki berkenaan di Twitter menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 1,800 ulang kicau (Retweet).

Malah, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa ᴍᴀʀᴀʜ ᴅᴀɴ ᴊɪᴊɪᴋ mereka atas perbuatan tidak ꜱᴇɴᴏɴᴏʜ lelaki berkenaan.

“Post lah gambar pakai niqab sekali pun, kalau dah ɴᴀꜰꜱᴜ ʙɪɴᴀᴛᴀɴɢ tu memang tak boleh buat apa,” tulis @naziruladlii.

“Yes, saya pun pernah kena. Rakan sekerja pulak tuh. Berlaku betul-betul depan saya… Saya tanya dia nak apa as penghargaan sebab dah tolong kerja saya dan tahu dia minta apa? “Nak tu” (ᴅᴀᴅᴀ) and i was like… terdiam.. Tak sangka dia macam tu,” kongsi seorang lagi pelayar Twitter.

Safiya merupakan pengusaha spa di Alor Star, Kedah.

Safiya juga menasihati semua individu agar berfikir dahulu sebelum meninggalkan komen di laman ꜱᴏꜱɪᴀʟ.

“Lelaki sepatutnya diajar untuk hormati wanita. Kena fikir, kalau benda tu jadi kat diri sendiri, orang komen buruk atau ᴀɪʙ, ᴛᴇᴛᴀᴘ ʀᴀꜱᴀ ꜱᴀᴋɪᴛ.

“Kalau komen, kena fikir ᴍᴀʀᴜᴀʜ sendiri, ᴍᴀʀᴜᴀʜ keluarga serta ᴍᴀʀᴜᴀʜ orang yang kita komen tu,” ujarnya yang mengusahakan perniagaan spa di Aman Central, Alor Star, Kedah.

Safiya menerima komen lucah di Instagram sebelum membuat perkongsian mengenai hal itu di Twitter. FOTO: @Safiyaezzati_

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

SPONSORED
Dapatkan FREE servis kenderaan setiap hari Khamis hanya di FE GARAGE!

ᴄᴏɴᴛᴀᴄᴛ ᴜꜱ ɴᴏᴡ >

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL