spot_img

Sedih, Saya Yang Rakam Tapi Saya Yang Dikecam. Diberhentikan Kerja Pula Tapi Bukan Cikgu Tetap Tu.

- Advertisement -

Perkembangan terkini mengenai kes cikgu ᴍᴇɴᴏʟᴀᴋ ᴅᴀɴ ᴍᴇɴᴄᴀᴍᴘᴀᴋ murid lelaki di sebuah pusat pendidikan di Shah alam.

Guru praktikal yang membuat rakaman video dalam kelas untuk dihantar kepada pihak universiti (rutin) sehingga menampakkan adegan ᴋᴇᴋᴀꜱᴀʀᴀɴ yang dilakukan guru wanita terhadap murid, tampil memberi penjelasan agar netizen tidak salah faham.

Guru praktikal yang dikenali sebagai Irma berkata, dia mengaku dia membuat rakaman video itu. Seperti yang dilaporkan media semalam, video tersebut ᴅɪᴠɪʀᴀʟᴋᴀɴ oleh tunangnya. Akibatnya, Irma diberhentikan serta-merta.

- Advertisement -

“Tolong betulkan balik ye. Saya cikgu praktikal, saya yang rekod. Cikgu itu (dalam video viral) cikgu tetap. Saya yang diberhentikan, bukan cikgu (tetap) itu.

“Saya rekod untuk video pembelajaran sebenarnya. Kena bagi kepada pensyarah sebab saya praktikal. Masa kejadian itu, saya tak perasan. Dah habis baru perasan dan betul saya dibuang (diberhentikan),” katanya.

ᴋʀᴏɴᴏʟᴏɢɪ kejadian sebenar jika mengikut susunannya:

Video viral berdurasi 10 saat itu dirakam oleh guru praktikal bagi tujuan laporan untuk dihantar kepada pihak universiti. Dan dikatakan guru praktikal itu tidak menyedari kejadian itu turut dirakam lensanya.

- Advertisement -

Adegan ᴋᴇᴋᴀꜱᴀʀᴀɴ yang berlaku kepada murid lelaki itu disedari oleh tunang kepada guru praktikal berkenaan yang kemudian bertindak memuat naik klip video pendek itu di media sosial dan seterusnya viral sehingga ᴍᴇɴɢᴜɴᴅᴀɴɢ pelbagai reaksi ɴᴇᴛɪᴢᴇɴ.

Menyedari video yang ᴍᴇᴍʙᴀʙɪᴛ guru wanita (tetap) viral di media sosial, pihak pusat pendidikan telah bertindak memberhentikan guru praktikal serta-merta.

Ibu kepada murid yang ᴅɪᴋᴀꜱᴀʀɪ juga telah membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan itu, polis telah memanggil guru wanita terbabit untuk memberi keterangan bagi membantu ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ.

- Advertisement -

Bagaimanapun, menurut satu sumber, guru wanita itu ᴍᴇɴᴀꜰɪᴋᴀɴ ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ tersebut dan mengatakan apa yang berlaku dalam video tersebut hanyalah sekadar lakonan.

Polis kini sedang menjalankan ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 31 (1) ᴀᴋᴛᴀ ᴋᴀɴᴀᴋ-ᴋᴀɴᴀᴋ.

Bapa kepada salah seorang murid yang dihantar ke pusat pendidikan tersebut (cawangan lain), Sheikh Al Fariq berjumpa dengan pihak pengetua untuk meminta penjelasan. Pengetua wanita itu menjelaskan, tindakan telah diambil termasuk membuat laporan polis.

“Cikgu itu akan diambil ᴛɪɴᴅᴀᴋᴀɴ sewajarnya dan akan diberhentikan kerja serta-merta dan report polis telah dibuat,” tulisnya tetapi tidak menyatakan sama ada guru tetap atau guru praktikal yang diberhentikan.

Orang ramai masih menunggu keputusan ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ pihak polis berhubung kes tersebut. Rata-rata berharap guru wanita itu dikenakan ᴛɪɴᴅᴀᴋᴀɴ kerana perbuatannya bukan sahaja tidak boleh diterima, tetapi juga ᴍᴇᴍᴀʟᴜᴋᴀɴ imej guru.

Sebelum itu ramai dah viral orang yang salah

Demi membersihkan nama baik beliau maka saya sebagai abg saudara kepada pemilik FB ni nak jelaskan bahawa Nadzirah Nawari bukan pelaku didalam video.

Pelaku sebenar adalah rakan sejawat beliau yang bekerja di Tadika yang sama.

Antara Komen-komen Warga Maya Semasa Komen Di Facebook.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

SPONSORED
Dapatkan FREE servis kenderaan setiap hari Khamis hanya di FE GARAGE!

ᴄᴏɴᴛᴀᴄᴛ ᴜꜱ ɴᴏᴡ >

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL