spot_img

Tidak Setuju Lepas Makan Kemas Sendiri, Pemuda Disekolahkan Para Wargamaya

- Advertisement -

Kedai Tomyam takde Service Tax. Pinggan Mangkuk dibiarkan je. Restoran Fast Food ada 10% Service Tax. Dulang kena kemas sendiri.

Begitulah keluhan seorang pengguna Twitter bernama Rafhan Rafidzi. Walaubagaimanapun kenyataan beliau disangkal oleh para wargamaya.

Malaysia diakui sememangnya antara syurga makanan yang sangat membahagiakan. Tak dapat ᴅɪꜱᴀɴɢᴋᴀʟ kesedapannya tambahan lagi makanan ini datang dari pelbagai jenis latar bekalang kaum yang ada di sini.

- Advertisement -

Turut tidak ketinggalan, restoran makan segera turut mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, begitulah francais ʀᴀɴᴛᴀɪᴀɴ makanan segera ini bercambah dengan pesat di Malaysia.

“Ada 10% service tax, dulang kena kemas sendiri”

Walaupun begitu, pelbagai cukai yang dikenakan terhadap perkhidmatan makanan segera ini menjadi ᴘᴇʀᴛɪᴋᴀɪᴀɴ pelbagai pihak. Termasuklah self-service ketika makan di restoran makanan segera. Senang cerita, selepas makan pelanggan harus mengemas dulang mereka demi keselesaan orang lain.

Perkara ini telah mendapat pertikaian segelintir rakyat Malaysia, termasuklah pemuda yang dikenali sebagai Rafhan Rafidzi ini. ‘ᴋᴇʟᴜʜᴀɴ’ ini telah diluah melalui laman Twitter, namun penyataannya telah ᴅɪꜱᴀɴɢᴋᴀʟ oleh ɴᴇᴛɪᴢᴇɴ.

Kedai Tomyam takde Service Tax. Pinggan Mangkuk dibiarkan je. Restoran Fast Food ada 10% Service Tax. Dulang kena kemas sendiri. Tulis Rafhan Rafidzi.

Jangan pernah biarkan meja tak berkemas!

- Advertisement -

ᴋᴇʟᴜʜᴀɴ pemuda berkenaan mendapat perhatian ramai terutamanya selepas dia membandingkan servis di kedai makan biasa dan juga restoran makanan segera. Orang ramai dilihat ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ pesanan buat pemuda berkenaan diruangan komen.

Antara komen-komen wargamaya berkenaan kenyataan Rafhan Rafidzi.

Kedai tomyan ada sediakan besen ke untuk letak pinggan?

Antara komen wargamaya mengenai kedai yang tiada service tax.

“Kita kalau pengotor, jangan ajak orang lain”

Pertikaian wargamaya mengenai service tax 6% dan 10%.

ᴛɪɴᴅɪʜᴋᴀɴ pinggan & kumpul sampah lepas makan.

Ramai wargamaya yang prihatin dan mahu kemas makanan selepas makan.

Kat mana-mana pun sama je bang!

Walau dimana kedai sekalipun jika ada timbang rasa, kemas sahaja lepas makan. Antara pendapat wargamaya.

Apa pendapat anda?

Pengunjung atau pelanggan kedai makan sepatutnya harus menanam sikap pembersih dan amalkan gaya hidup sihat.

Tidak sepatutnya ada sikap begini dikalangan rakyat Malaysia. Apa salahnya lepas makan, kemas dan buang ke tempat disediakan. Mudah bukan?

Rakyat Malaysia, kenapa susah sangat nak kemas meja selepas makan?

Bukan Kedai Makanan Je, Tandas pun sama.

- Advertisement -

Contohnya, memastikan tandas awam bersih dan kering selepas digunakan, meletak semula troli pasar raya di tempat yang disediakan selepas digunakan, tidak merokok di tempat awam, memberi peluang orang keluar daripada tren terlebih dahulu, dan banyak lagi etika moral lain.

Bukan sahaja masyarakat barat seperti di Eropah dan United Kingdom, negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea Selatan dan juga Singapura, lebih keterhadapan dalam kesusilaan dengan rakyatnya menuju ke arah mentaliti kelas pertama.

Kita yang kononnya masyarakat yang penuh santun dan adab pula, tidak mengerti mengemas meja sendiri yang dikotorkan selepas makan. Lagilah hendak ikut amalan murni yang lain.

“Kan ada tukang cuci, ada tukang kemas, buat apa mereka dibayar gaji, kalau aku yang nak kemas sendiri, ” itu pemikiran sesetengah anggota masyarakat kita.

Meninggalkan pinggan, tisu kotor, sampah dan segala sisa makan di atas meja selepas perut kenyang terutamanya di restoran makanan segera, medan selera atau kafe yang mengamalkan konsep layan diri, boleh dikatakan sikap majoriti rakyat Malaysia.

Itu belum lagi meja bersepah dan makanan berterabur bagaikan ᴛᴏɴɢᴋᴀɴɢ ᴘᴇᴄᴀʜ, dan kemudian ᴅɪᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ sebegitu sahaja. Jangan lupa di wakaf atau bangku rehat di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) misalnya juga menyaksikan nasib yang serupa.

Jadi mengapa tidak selepas ini, kita mulakan tabiat kemas, angkat dan ʙᴜᴀɴɢ. Tidak susah, bukan?

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

SPONSORED
Dapatkan FREE servis kenderaan setiap hari Khamis hanya di FE GARAGE!

ᴄᴏɴᴛᴀᴄᴛ ᴜꜱ ɴᴏᴡ >

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL