spot_img

Hidayah Milik Allah, Imam Besar Masjid Jepun Ini Asalnya Seorang Gengster Terkenal

- Advertisement -

Siapa sangka, jika dahulu lelaki bernama Takazawa dikenali sebagai seorang ʏᴀᴋᴜᴢᴀ atau ɢᴇɴɢꜱᴛᴇʀ di Jepun, kini merupakan antara lima imam masjid besar di Jepun.

Dipilih Allah untuk menerima hidayah, perjalanan hidup Takazawa sebagai Muslim bermula apabila dia secara tidak sengaja terjumpa dengan seorang lelaki berpakaian serba putih memintanya untuk membaca dua kalimah syahadah.

Menyingkap semula kisah hidup, Takazawa mula mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Dia ketika itu melihat seseorang dengan kulit dan janggut berwarna putih. Malah, individu itu juga mengenakan pakaian dan serban yang berwarna putih.

- Advertisement -

”Orang itu kemudiannya memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat yang tertera bersama dia,” kata Takazawa.

Kalimat yang diucapkan Yakuza merupakan dua kalimah syahadah sekaligus dia memeluk Islam dan mengubah namanya menjadi Sheikh Abdullah Taqy Takazawa.

Setelah bergelar seorang mualaf, dia giat melakukan aktiviti dakwah di negaranya. Takazawa yang dulunya mempelajari pelbagai agama untuk mencari pegangan dalam hidup kini telah menemukan hidayah sebenar dengan Islam.

Sambung belajar pengajian Islam

- Advertisement -

Sejak daripada saat itulah dia bergelar seorang Muslim. Sekitar tahun 2008, sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam, dia telah mendapat undangan pemerintah Arab Saudi untuk mengerjakan haji.

Seusai tamat pengajian, Takazawa atau nama Islamnya Sheikh Abdullah Taqy Takazawa dilantik sebagai Imam besar di Masjid Kabukicho, Tokyo.

Takazawa menunjukkan lukisan di lengannya.
Takazawa menjadi imam di masjid di Jepun.

Imam masjid besar di Jepun

Kini, Takazawa bukan sahaja berperanan sebagai Imam masjid. Malah, dia juga antara pendakwah di Jepun yang sangat aktif berkongsi ilmu mengenai Islam.

Takazawa menjadi imam.
Wajah Takazawa selepas memeluk Islam.
Takazawa aktif menyebarkan ajaran Islam di Jepun.
- Advertisement -

Hidayah itu milik Allah, sejahat-jahat manusia jika Allah berkehendak untuk dirinya menerima petunjuk maka terjadilah. Justeru, kita sebagai manusia berhenti menghakimi orang kerana boleh jadi dia lebih mulia sifatnya daripada kita.

Wajah Takazawa sebelum dan selepas.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL