spot_img

“Isteri Buang Fibroid, Suami Berhenti Merokok” Hadirnya Kembar Selepas 9 Tahun

- Advertisement -

Setiap pasangan suami isteri sudah semestinya menginginkan anak sebagai penyeri rumah tangga yang telah dibina. Namun, tidak semua pasangan yang bertuah dan mampu memiliki anak sendiri disebabkan beberapa masalah yang sememangnya tak dapat dielakkan.

Walaupun begitu, ini bukannya alasan untuk terus berputus asa malah kebanyakan pasangan dilihat tetap memcuba pelbagai cara sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri.

“Isteri buang fibroid, suami berhenti merokok”

Salah seorang pengguna Facebook berkongsikan kisah serta pengalaman mereka yang menunggu hampir 9 tahun untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri. Melebih menyeronokkan, pasangan ini dikurniakan anak kembar disebalik penantian yang berharga.

- Advertisement -

Isteri buang Fibroid, Suami berhenti merokok, akhirnya dikurniakan kembar selepas 9 tahun berkahwin… Tahniah boss… Penantian yang berharga!!

Dari FB : Eddie Dieana

Hari ini saya nak share 1 benda yg dah lama saya nk tulis..

- Advertisement -

tapi baru hari ni berkesempatan sebab tak tahu nak buat apa dekat hotel ni..

Tarikh yg sama pada hari ni.. 7/4/2019..

cuma bezanya perkara ni berlaku tahun lepas..

- Advertisement -

masih terngiang-ngiang di telinga saya saat isteri saya keluar dari toilet dengan suara yg agak gembira bercampur sedih (mungkin terlalu excited)..

“B.. Cuba tengok ni.. Honey ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ ke..

tangan Honey menggigil tengok benda ni..”

Pada mulanya tak nak berharap, takut silap…

Aku sebagai seorang lelaki & suami biasalah..

akan berlakon tenang walau dalam hati bergelodak rasa gembira.. Aku seraya menyahut ” jangan gembira sangat, tengok esok apa keputusan doktor baru boleh happy, kadang² benda ni tak boleh pakai”..

Ialah, laki mana yg tak happy dah 9 tahun kot tunggu.. baru nak dapat rasa 1 anak..

Masuk tandas, air mata terus mengalir…

depan isteri aku cakap dengan tenang..

try whatsapp akak dan adik u tanya.. betul ke kalau macam tu ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ..

lalu aku berlalu masuk ke bilik air..

sambil aku jirus air dekat kepala sambil lalu itulah air mata jantan aku jatuh laju mengalir mengenangkan apa yg isteri aku tunjuk tadi..

gembira yg teramat sangat..

hanya tuhan sahaja yg tahu perasaan tu..

Esoknya..

isteri saya ke ᴋʟɪɴɪᴋ ditemani adiknya..

manakala saya ke tempat kerja di Singapura macam biasa..

Doktor sahkan ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ 5 minggu

tak lama lepas isteri pergi ᴋʟɪɴɪᴋ..

bertalu-talu mesej masuk..

saya tengok whatsapp..

rupanya dari isteri saya..

“B, doktor sahkan honey ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ 5 mggu..”

Kali kedua air mata aku berjurai..

walau hanya dengar berita gembira ni..

aku ᴋᴇꜱᴀᴛ air mata perlahan-lahan..

sorok dari kawan-kawan nampak..

sampai ke hari ini isteri saya tak tahu yg saya menangis kegembiraan..

mungkin lepas dia terbaca post ni baru dia tahu kot..

“Ramai cuba tanya, apa rahsia kami”

kita hanya merancang,

tuhan lah penentu segalanya..

di Saat dan waktu yg sesuai..

dia hadirkan zuriat buat kami..

ramai jugak yg PM tanya apa yg saya usahakan sehingga ᴛᴇʀʟᴀʜɪʀɴʏᴀ anak ni..

apa yg boleh saya kongsikan..

saya dan isteri buat rawatan di HSI untuk lihat tahap ᴋᴇꜱᴜʙᴜʀᴀɴ..

Fibroid besar tumbuh dalam rahim isteri, suami berhenti merokok…

Hasilnya doktor cakap kedua2 nya okay cuma

ada fibroid yg besar tumbuh dalam rahim isteri..

so, isteri saya perlu menjalani ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ untuk buang fibroid tersebut..

lepas dah operate buang fibroid pada tahun 2017..

doktor jangkakan dalam tempoh 2 tahun kami akan dapat anak..

dan tepatlah seperti yg doktor tu ramalkan..

penghujung 2019 lahirlah anak kami..

Antara usaha lain yg kami ikhtiar ialah saya sendiri sebagai suami berhenti merokok pada bulan 11/2018.. sebab doktor pesan..

kalau kita merokok sperma jadi tak berkualiti..

Berkat doa depan kaabah!

terima kasih juga kepada Mak, abang dan kakak saya yg juga berdoa di hadapan kaabah supaya kami suami isteri mendapat zuriat tersendiri..

Akhirnya..

setelah 9 tahun menunggu..

kami dah ada zuriat dari hasil perkahwinan kami sendiri..

dan sekarang kami ada anak bukan 1..

tapi 2 sekaligus tuhan bagi kepada kami suami isteri..

So, sepanjang saya berjauhan ni..

kedua-dua anak saya ni lah yg menemani saya disana..

kebetulan anak lelaki tu muka macam saya..

so, terubatlah rindu isteri saya bila melihat wajah anak saya..

Mereka lahir disaat & waktu yang memerlukan

Nampak tak,

Allah ʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ mereka berdua dia saat dan waktu yg diperlukan..

dan disebabkan itulah sy juga sanggup berkorban demi membesarkan mereka dengan penuh kesempurnaan..

InshaAllah..

Saling support satu sama lain!

Apa yg saya cuba nak sampaikan dekat sini..

jika isteri anda tidak boleh ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ sekalipun..

jangan ejek dia..

jangan jatuhkan semangat dia..

kerana sepanjang kami tiada anak..

hari-hari isteri saya akan tanya..

bila kita nak ada anak..

orang sana sini semua dah ada anak..

yg itu baru kawin dah ada anak..

yg ini baru kawin dah ada anak..

“Perempuan cuma minta semangat dan sokongan dari suami”

Perempuan ni tak mintak banyak..

dia cuma mintak semangat dan sokongan dari kita..

apa yg saya katakan pada isteri..

“Sabar, Allah lebih tahu bila dan ketika kita akan ada anak..” kalau kita tak ada anak sekalipun..

kasih sayang dan cinta saya kepada awak takkan pudar.. jangan risau..

Kata-kata semangat macamtu yg isteri mahukan..

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person

Jelaslah disini bahawa, pasangan suami isteri seharusnya memberi sokongan diantara satu sama lain dan elakkan menunding jari pada mana-mana pihak.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL