spot_img

ʟᴀɴɢɢᴀʀ Viva Ibu Tunggal, Pemilik Lamborghini Gantikan Dengan Sebiji Myvi

- Advertisement -

Ketika Perintah Kawalan Pergerakkan yang berlangsung sekarang, agak susah untuk kita lihat pemandu-pemandu kereta keluar dijalan raya jika tiada urusan.

Perkara tersebut membuatkan laluan jalan raya lengang dan sunyi berbeza dengan keadaan sebelum arahan PKP. Namun, siapa sangka ketika jalan tiada kenderaan lain, masih ada yang mengalami ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ yang tidak dijangka.

Viva ʙᴇʀʟᴀɴɢɢᴀʀ dengan Lamborghini Huracan

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azman Nor, dia memaklumkan bahawa kereta Perodua Viva milik makciknya telah mengalami ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ dengan sebuah kereta Lamborghini.

- Advertisement -

Keadaan kereta Viva itu sangat teruk dan pastinya memerlukan modal yang besar untuk dibaiki. Akan tetapi, pemilik Lamborghini tersebut bertindak menggantikan kereta yang ᴅɪʟᴀɴɢɢᴀʀ dengan sebuah kereta baru.

Selamatkan ibu tunggal dari ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ pendapatan

Tindakan pemilik Lamborghini itu bukan sahaja mencerminkan nilai murni, bahkan membantu pemilik kereta yang juga ibu tunggal tidak ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ sumber pendapatannya.

- Advertisement -

Pemilik kereta Viva tersebut adalah peniaga makanan yang mencari rezeki dengan menerima tempahan makanan dan dihantar ke rumah pelanggannya.

Orang ada hati budi macam ni

- Advertisement -

Susulan daripada itu, warganet telah mulai membanjiri posting tersebut dengan memuji tindakan yang diambil oleh pemilik kereta Lamborghini yang ᴍᴇɴʏᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴ wanita tersebut daripada ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ sumber pendapatan ketika musim PKP ini.

Rata-rata mengucapkan terima kasih dan berasa senang hati melihat perkara baik yang terjadi walaupun bermula dengan ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ kenderaan.

Dari claim kerugian baik ganti dengan kereta baru

Tapi pemilik Viva tu tetap ꜰᴏʙɪᴀ kan?

Lelaki Tak Kisah Lamborghini ʜᴀɴᴄᴜʀ, Asalkan Ibu Tunggal Pemilik Viva Tak ᴘᴜᴛᴜꜱ Rezeki

Tindakan pemilik Lamborghini, Thomas Heng yang menghadiahkan sebuah Perodua Myvi kepada pemandu wanita selepas kereta mewahnya terbabit dengan ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ mendapat perhatian ɴᴇᴛɪᴢᴇɴ di media sosial.

Menurut lelaki berusia 40 tahun itu, kes diselesaikan secara baik tanpa ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ dengan pemandu Perodua Viva tersebut malah tidak mengambil kisah soal wang sebaliknya hanya ingin meringankan beban wanita berkenaan.

“Ini bukan soal ada wang boleh beli apa saja, tetapi apa yang saya buat ini lebih kepada untuk memudahkan urusan dan mengurangkan seberapa boleh beban dialaminya.

“Hati saya tersentuh bila mengetahui wanita itu ibu tunggal anak tiga dan bimbang dia ᴛᴇʀᴘᴜᴛᴜꜱ sumber rezeki, saya membuat keputusan membelikannya Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan dijual menerusi atas talian.

“Paling penting moralnya, tidak semua perkara perlu ᴅɪɢᴀᴅᴜʜᴋᴀɴ, selagi mana boleh selesai, selesaikanlah cara baik dan berhemah,” katanya.

Ahli perniagaan itu turut membuat perjanjian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada masa depan dengan menjelaskan bahawa beliau rela hati membelikan kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanita tersebut.

Beliau juga tidak ᴍᴇɴᴜɴᴛᴜᴛ ꜱᴇʙᴀʀᴀɴɢ ɢᴀɴᴛɪ ʀᴜɢɪ ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ ᴡᴀɴɢ ᴛᴜɴᴛᴜᴛᴀɴ ɪɴꜱᴜʀᴀɴꜱ ᴅᴀʀɪᴘᴀᴅᴀ ᴋᴇʀᴏꜱᴀᴋᴀɴ Viva itu selain menjadi hak wanita berkenaan sepenuhnya untuk kegunaan demi membesarkan anak-anaknya.

Siap ‘design’ iklan perniagaan milik wanita tu lagi!

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL