spot_img

Sedapnya Makan ‘Kulat’, Jom Baca Sains Sebalik Tempe

- Advertisement -

Sudahlah sedap, murah pula. Makanan berasaskan kacang soya ini amat lazat dimakan tidak kira jika dibuat lauk mahupun dijadikan kudapan.

Disebabkan itu, ia sering diinovasi dan ᴅɪᴍᴀꜱᴜᴋᴋᴀɴ dalam pelbagai jenis ᴍᴀꜱᴀᴋᴀɴ serta digubah menjadi makanan ringan seperti kerepek.

Tahukah anda, apakah yang berlaku ketika proses penghasilan tempe? Bagaimana ia boleh berubah dari kacang soya kepada rupanya seperti yang kita lihat hari ini? Semua ini adalah atas ‘pertolongan’ kulat yang wujud dalam proses fermentasi.

- Advertisement -

Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita baca perkongsian Ini Sains Beb mengenai sains di sebalik tempe.

Tempe biasanya diperbuat dari kacang soya yang difermentasi oleh bakteria dan fungus. Tetapi ada juga sesetengah tempat menggunakan kacang kuda (ᴄʜɪᴄᴋᴘᴇᴀꜱ) atau kacang dal untuk membuat tempe.

Kacang soya (Nama saintifik: Glycine max, Glycine soja, Soja soja, Soja japonica) adalah sejenis kacang legum yang dikatakan natif atau berasal dari Asia Timur.

Tempe dan fermentasi fungus

- Advertisement -

Pembuatan tempe melibatkan kacang soya yang lembut direbus dan ditaburi ragi. Ragi atau ibu tempe biasanya ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢɪ bakteria ᴀꜱɪᴅ laktik seperti Lactobacillus, yang akan mencernakan karbohidrat dan gula dalam tempe, dan fungus Rhizopus.

Kehadiran fungus Rhizopus oligosporus dan Rhizopus oryzae mencernakan protein dan karbohidrat kompleks soya supaya ia mudah dihadam kita. Kabut putih yang menyeliputi tempe sebenarnya adalah mycelium kulat Rhizopus tersebut.

- Advertisement -

Menariknya, kehadiran bakteria Lactobacillus dan kulat Rhizopus oligophorus ini menghasilkan toksin antimikrob yang menghalang pertumbuhan kulat ᴀꜱᴘᴇʀɢɪʟʟᴜꜱ flavus, dan bakteria seperti Staphylococcus aureus dan Salmonella membiak dalam kultur tempe.

Tempe paling optimum dimakan ketika ꜱᴇʟᴜʀᴜʜ bahagian kacang diselaputi kabut putih.

Kalau setakat kulat kabut seperti gambar dibawah, insyaallah masih selamat dimakan. Itu mungkin hanya kabut mycelium kulat Rhizopus yang berkunjungan mengerat silaturrahim kembali dengan saudaranya yang jauh terpisah akibat ᴘᴏᴛᴏɴɢᴀɴ ᴘɪꜱᴀᴜ.

Jika warnanya ꜱᴜᴅᴀʜ bertukar kuning atau gelap, ia sudah digelar tempe buruk. Baunya juga tidak menyenangkan. Namun, ramai juga yang menggemari tempe buruk untuk dibuat sambal atau digoreng kilas ᴘᴇᴅᴀꜱ.

Kenapa ada orang makan tempe buruk?

Apabila protein kacang soya telah terurai oleh enzim fungus yang menyeliputinya, banyaklah terhasil peptida dan ᴀꜱɪᴅ amino ringkas. Maka lebih banyak amaun glutamat (sejenis ᴀꜱɪᴅ amino) akan terhasil.

Glutamat, seperti dalam MSG (monosodium glutamat) memberi rasa umami yang enak pada tempe. Semakin buruk tempe semakin banyaklah ia dihasilkan.

Umami pula adalah salah satu dari deria rasa yang boleh dirasai lidah manusia selain manis, masam, pahit, masin. Umami memberikan rasa ‘lemak’ seperti rasa kita memakan daging. Biasanya ᴅɪꜱᴜᴍʙᴀɴɢ oleh kompaun glutamat dan terbitannya.

Tempe kaya mineral seperti kalsium, kalium dan magnesium. Ia juga adalah sumber probiotik yang sangat baik. Tempe juga kaya dengan vitamin B seperti folate, riboflavin, niacine dan B12.

Walaupun telah dimasak, tempe masih memberikan manfaat untuk meningkatkan jumlah mikroflora bakteria baik dalam sistem penghadaman.

Pro tips:

Pastikan menggoreng dengan minyak yang banyak dan cukup kepanasannya. Jangan menggoreng tempe terlalu banyak sekaligus dalam kuali. Tempe tidak akan rangup dan elok gorengannya. Kalau mahu tempe yang rangup kriuk kruik dikunyah, mesti bersabar. OK?

Selamat mencuba.

Ini sains, beb!

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL