spot_img

Beza ‘Layanan’ Rakyat Kayangan Dengan Marhaen, Mari Baca Penjelasan Peguam Buat Individu Yang ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP

- Advertisement -

KES ʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP. Mengapa terdapat individu yang dikenakan ꜱᴀᴍᴀɴ direct dan tetapi terdapat individu yang perlu menunggu kertas siasatan dibuka?

Yang pertama, ‘ꜱᴀᴍᴀɴ’ yang dikenakan tu bukannya ꜱᴀᴍᴀɴ tetapi ia adalah kompaun. Bezanya, kompaun boleh dibayar sebelum ᴍᴀꜱᴜᴋ ᴍᴀʜᴋᴀᴍᴀʜ. ꜱᴀᴍᴀɴ pula, perlu ᴍᴀꜱᴜᴋ ᴍᴀʜᴋᴀᴍᴀʜ untuk bayar.

Maka, mengapa terdapat individu dikenakan kompaun direct di tempat kejadian dan kenapa ada individu yang kena tunggu kertas ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ dibuka? Adakah sebab pilih bulu?

- Advertisement -

Tidak, kerana individu yang dikenakan kompaun direct ini adalah orang yang melakukan ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ SOP di hadapan penguatkuasa. Manakala individu yang dibuka kertas ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ pula mereka melakukan ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ SOP bukan di hadapan pihak penguatkuasa.

GAMBAR SEKADAR CONTOH. SUMBER: MALAYSIA NEWS

Contohnya, tidak memakai pelitup muka sewaktu masa pergi kedai dan kemudian dikesan pegawai polis atau pegawai ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ. Individu tersebut bakal dikenakan kompaun sebanyak maksimum RM10,000.

Sekiranya melakukan majlis perkahwinan tidak mengikut SOP namun tidak terdapat seorang pun pegawai polis atau ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ yang ke datang majlis tersebut maka tidak dikenakan kompaun direct.

- Advertisement -

Kalaulah masa tengah majlis tu ada pegawai polis atau ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ ᴀᴍʙᴜꜱʜ atau tak sengaja lalu atau mereka menerima laporan dari orang awam yang datang ke majlis tersebut, barulah mereka boleh kenakan kompaun secara direct.

Pokok pangkalnya, sekiranya ada pegawai polis atau ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ nampak depan mata terdapat individu ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP maka mereka boleh kenakan kompaun secara terus.

Sekiranya mereka tidak nampak atau tidak ada di tempat kejadian, maka orang awam boleh menelefon pihak polis untuk mendatangkan mengenakan kompaun. Contohnya seperti menelefon pihak polis untuk segera datang ke tempat kejadian berikutan terdapat artis menjalankan majlis perkahwinan tidak mengikut SOP. Lalu pihak polis pun datang bagi mengenakan kompaun kepada penganjur majlis.

Kalau majlis sudah selesai dan gambar tak jaga SOP pun tersebar, apa yang boleh dilakukan?

GAMBAR SEKADAR CONTOH.
- Advertisement -

Kita sebagai orang awam boleh membuat aduan kepada pihak polis agar pihak polis menjalankan ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ. Situasi seperti ini yang memerlukan pihak polis membuka kertas ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ. Polis perlu memanggil pihak penganjur dan perlu tentukan golongan ini ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP yang mana, siapa yang terbabit, individu yang bertanggungjawab dan sebagainya.

Mudah cerita, kalau ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ SOP tu sudah pun berlaku, barulah polis boleh membuat kertas ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ. Bukan senang-senang nak ꜱᴀᴍᴀɴ jika tiada bukti kukuh. Hal ini kerana, pihak penguatkuasa tidak berada sewaktu tempat kejadian maka perlu diteliti dengan lebih lanjut.

Selagi tiada laporan polis, selagi itulah pihak polis tidak boleh berbuat apa-apa. Sebab tu jika kita nampak terdapat individu tidak menjaga SOP, terus panggil polis. Kalau majlis dah selesai pula, terpaksalah kita buat report polis.

Sebagai tambahan, anggota polis yang boleh bagi kompaun ni adalah anggota polis berpangkat inspektor ke atas sahaja. Bawah daripada tu, tak boleh. Kalau kena kompaun dengan pegawai rendah daripada inspektor, kompaun tersebut dikira tidak sah dan individu tersebut tidak akan dikompaun atau disaman di ᴍᴀʜᴋᴀᴍᴀʜ.

Maka, jelaslah mengapa terdapat individu yang dikenakan ꜱᴀᴍᴀɴ direct dan ada individu yang perlu menunggu kertas siasatan dibuka? Sekali lagi diulang, beza antara dua kes itu adalah yang direct sebab penguatkuasa nampak manakala yang tak direct sebab penguatkuasa tidak nampak.

Komen warga maya mengenai kes ini

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL