spot_img

Pekerja Kilang Buntu Fikir Kos ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ Adik ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ, Motosikal Baru 5 Bulan ʜᴀɴᴄᴜʀ Kerana Adik.

- Advertisement -

SUDAH ᴊᴀᴛᴜʜ ᴅɪᴛɪᴍᴘᴀ tangga.

Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang dilalui seorang wanita selepas motosikal yang baru lima bulan dimilikinya ʜᴀɴᴄᴜʀ disebabkan adik bongsu.

Wanita berkenaan, Nor Hayati Karim, 26, hanya mampu ᴍᴇɴᴀɴɢɪꜱ apabila menerima panggilan rakan sekampung yang memaklumkan adiknya terlibat dengan ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ pada 16 April lalu.

- Advertisement -

Apa yang lebih ᴍᴇʀɪꜱᴀᴜᴋᴀɴɴʏᴀ ialah keadaan adiknya Siti Nurasiah Karim, 16, yang ᴄᴇᴅᴇʀᴀ ᴘᴀʀᴀʜ disebabkan ɪɴꜱɪᴅᴇɴ yang berlaku di Kampung Layang-layang, Kluang, Johor.

Lebih mesra disapa Hayati, dia baru sahaja membeli motosikal ᴛᴇʀꜱᴇʙᴜᴛ pada November 2020 untuk memudahkan adiknya menghantar anaknya ke sekolah.

“Saya beli motor tu untuk mak mentua hantar anak ke sekolah. Tapi sebab dia tak pandai bawa, jadi adik sayalah yang tolong hantarkan.

- Advertisement -

“Pada hari kejadian, saya bekerja dan suami pula bawa anak kami ke rumah ibunya, manakala adik saya keluar membawa motosikal untuk ke bazar Ramadan.

“Saya ada telefon dia sebelum tu tanya ada di mana dan mendapat tahu ketika itu dia sedang mengisi minyak motor. Saya sempat berpesan supaya dia tidak merayau dan terus balik ke rumah,” katanya.

Siti Nurasiah ᴄᴇᴅᴇʀᴀ ᴘᴀʀᴀʜ akibat ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ itu.

Namun perkara yang tidak diingini terjadi juga apabila motosikal yang ditunggang oleh adiknya ᴛᴇʀʙᴀʙᴀꜱ ᴅᴀɴ ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ tiang elektrik di kawasan kampung ᴛᴇʀꜱᴇʙᴜᴛ.

- Advertisement -

Orang kampung yang berada di kawasan kejadian bergegas memberi ᴘᴇʀᴛᴏʟᴏɴɢᴀɴ ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ memanggil ᴀᴍʙᴜʟᴀɴꜱ dan memaklumkan ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ ᴛᴇʀꜱᴇʙᴜᴛ kepada Hayati.

“Saya ᴍᴇɴɢɢɪɢɪʟ ᴅᴀɴ ᴍᴇɴᴀɴɢɪꜱ masa dapat tahu pasal ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ tu. Sebab walau apa pun yang berlaku saya yang kena ᴛᴀɴɢɢᴜɴɢ dia.

“Memang saya tunggu dia di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ sampai nak berbuka puasa pun tak lalu nak makan. Saya dah tak kisah pun pasal motor ʜᴀɴᴄᴜʀ ᴛᴀᴘɪ ɴʏᴀᴡᴀ adik tu tiada ᴘᴇɴɢɢᴀɴᴛɪ, ” ujarnya yang menetap di Kluang, Johor.

“Saya dah tak tahu nak minta ᴘᴇʀᴛᴏʟᴏɴɢᴀɴ daripada siapa. Kami ni bukan dari keluarga senang, saya ni pun baru je setahun lebih kerja kilang.” NOR HAYATI KARIM

Menurut Hayati, adiknya telah berada di ᴡᴀᴅ selama empat hari kerana mengalami ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ ᴛᴇʀᴜᴋ ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ ᴘᴀᴛᴀʜ ᴛᴜʟᴀɴɢ ᴘɪɴɢɢᴜʟ dan ᴛᴜʟᴀɴɢ ᴍᴜᴋᴀ pada bahagian mata.

Setakat ini, ᴅᴏᴋᴛᴏʀ telah menjalankan beberapa ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ ke atas adiknya untuk ᴍᴇᴍᴀꜱᴜᴋᴋᴀɴ ʙᴇꜱɪ pada ᴛᴜʟᴀɴɢ ᴘɪɴɢɢᴜʟ ʏᴀɴɢ ᴘᴀᴛᴀʜ dan ᴍᴇᴍʙᴜᴀɴɢ ᴅᴀʀᴀʜ ʙᴇᴋᴜ di bahagian ᴘᴇʀᴜᴛ.

Menerusi perkongsian status di laman Facebook, Hayati meminta bantuan orang ramai untuk meringankan sedikit ʙᴇʙᴀɴ yang ᴅɪᴛᴀɴɢɢᴜɴɢɴʏᴀ untuk melunaskan kos ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang sekali gus dapat membawa adiknya pulang.

Anak ketiga daripada empat beradik ini memuat naik status di Facebook untuk meminta bantuan ɴᴇᴛɪᴢᴇɴ.

“Saya dah tak tahu nak minta ᴘᴇʀᴛᴏʟᴏɴɢᴀɴ daripada siapa. Kami ni bukan dari keluarga yang senang, saya ni pun baru je setahun lebih kerja kilang.

“Ibu bapa saya dah ʙᴇʀᴘɪꜱᴀʜ, adik beradik yang lain pula jauh dan kurang berkemampuan sama seperti saya. Kalau nak harapkan suami pula, dia OKU dan pendapatan pun tak tetap sebab dia bekerja sebagai ᴘᴇᴍᴏᴛᴏɴɢ rumput,” katanya yang hanya mampu membayar RM600 untuk deposit rawatan adiknya.

Kedua ibu bapanya berasal dari Narathiwat, Thailand, tetapi Hayati serta adik-beradik yang lain ᴅɪʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ di Kelantan. Ini menjadikan mereka adik beradik sebagai pemegang MyKas. Kad tersebut dikeluarkan untuk golongan Permastautin Sementara yang berstatus bukan warganegara kerana mereka lahir di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan.

Keluarga kecil Hayati ʙᴇʀɢᴀɴᴛᴜɴɢ kepada pendapatan bulanannya yang bekerja di kilang sebanyak RM1,100 sebulan, manakala suaminya pula memperoleh kira-kira RM400 sebulan itu pun jika ada pihak yang menggunakan perkhidmatan ᴍᴇᴍᴏᴛᴏɴɢ rumputnya, selain mendapat bantuan RM450 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, dia masih perlu membayar hutang motosikal secara bulanan sebanyak RM250 untuk tempoh empat tahun kepada pihak bank memandangkan Hayati hanya dapat membayar deposit RM1,000 sahaja.

Kewangan keluarga Hayati yang terhad menyebabkan dia begitu bingung, lebih-lebih lagi bil ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Nurasiah tinggi iaitu mencecah RM8,000 berikutan statusnya sebagai bukan warganegara.

Anda boleh menghubungi Hayati di Facebook miliknya Facebook Hayati

Komen warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL