spot_img

Gara Gara Ketagih Pakai Eyelash Extension, Mata Gadis Ini Pecah

- Advertisement -

SERINGKALI kita mendengar “beauty is ᴘᴀɪɴ” tapi, sejauh manakah kesakitan yang harus seseorang itu tempuhi untuk menjadi menjadi cantik?

Viral di Tiktok, video seorang wanita Indonesia apabila beberapa helaian eyelash extension yang dipakainya telah ᴍᴀꜱᴜᴋ ke dalam mata ketika dia sedang tidur.

Video:

- Advertisement -

Wanita yang berasal dari Jawa Tengah itu dikenali sebagai Nadya Astrella Juliana merupakan seorang finalis Miss Indonesia 2018. Menurutnya kejadian seperti itu telah beberapa kali berlaku kepadanya akibat tabiatnya yang terlalu ‘ketagih’ untuk memakai eyelash extension.

Boleh menyebabkan ʙᴜᴛᴀ

- Advertisement -

Nadya menyedari akan kejadian itu ketika dia bangun dari tidur setelah dia merasakan seperti ada sesuatu di dalam matanya. Setelah diperiksa, dia mendapati beberapa helaian bulu mata yang tebal telah ᴍᴀꜱᴜᴋ ke dalam matanya.

Akibatnya kornea matanya telah ʟᴜᴋᴀ dan boleh mengakibatkan ʙᴜᴛᴀ.

Meskipun kondisi Nadya tidak ᴘᴀʀᴀʜ, tetapi pembuluh ᴅᴀʀᴀʜ di dalam matanya telah ᴘᴇᴄᴀʜ.

- Advertisement -

“Jujur aku udah ketagihan banget sama yang namanya eyelash extension, sampe beberapa ᴛʀᴀɢᴇᴅɪ terjadi ke mata aku seperti pembuluh ᴅᴀʀᴀʜ ᴘᴇᴄᴀʜ,” ujar Nadya.

Eyelash extension memang selalu menjadi pilihan sesetengah wanita untuk mengganti pemakaian bulu mata palsu akan tetapi jikalau tidak berhati-hati ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Pergi ke ꜰᴀʀᴍᴀꜱɪ untuk dapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ segera

Nadya juga berpesan kepada sesiapa yang memakai eyelash extension dan mengalami iritasi, disarankan untuk terus membuka eyelash extension yang dipakai, serta dia menasihatkan agar segera mendapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ.

“Langsung pergi ke ꜰᴀʀᴍᴀꜱɪ sebagai langkah pengedalian pertama, nanti diarahkan untuk beli ubat tetes mata tertentu,” katanya.

Pastikan mata sentiasa dalam keadaan bersih

Dalam pada itu, dia juga mengingatkan agar haruslah memastikan keadaan mata tetap bersih. Jangan biarkan sampai ada debu atau kotoran di mata kerana boleh menimbulkan masalah yang lain juga.

“Harus sering cuci tangan, harus eyelash extension ke tempat yang profesional jangan yang abal-abal karena tergiur harga murah, hati-hati saat pakai softlens, dan jangan panik kalau eyelash extension ᴍᴀꜱᴜᴋ mata,” tambahnya lagi.

Disamping itu, dia juga berpesan yang jikalau kejadian seperti dia berlaku ke atas orang lain, jangan panik tapi teruslah membuka eyelash extension dan rehatkan mata anda dari sebarang pemakaian softlens atau extension selama 3-5 hari.

Komen dari wargamaya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL