spot_img

Serpihan ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ Sejadah Dipercayai Milik Kapal Selam Indonesia Ditemui

- Advertisement -

INDONESIA hari ini melaporkan pihaknya menemui serpihan dan beberapa barangan di atas permukaan sekitar kawasan pencarian dipercayai daripada kapal selam KRI Nanggala 402.

Menurut laporan CNN Indonesia, Panglima Angkatan Laut Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto berkata, kapal buatan Jerman itu dipercayai menuju fasa tenggelam selain terdapat kesan tumpahan minyak.

“Awal pagi tadi, bekalan oksigen melepasi anggaran ketahanannya selepas lebih 72 jam,” katanya pada satu sidang media di Bali pada petang Sabtu.

- Advertisement -

Memetik laporan Akhbar Indonesia pula, antara barangan yang ditemukan adalah pembungkus paip pendingin, botol berisi cecair oren iaitu pelincir periskop, alas yang dipakai untuk solat serta beberapa lagi barangan lain.

- Advertisement -

“Kita menemui beberapa kepingan dan barang di sekitar lokasi terakhir kapal selam. Barangan itu tidak akan terkeluar jika tiada tekanan luar atau keretakan,” ujarnya.

Terdahulu, kapal selam yang hilang bersama 53 kru itu menjalani misi latihan ketenteraan menggunakan torpedo di perairan Bali sebelum terputus hubungan tidak lama kemudian.

Video:

- Advertisement -

Harapan untuk menyelamatkan 53 kru kapal selam Indonesia yang ʜɪʟᴀɴɢ semakin ᴛɪᴘɪꜱ, berikutan bekalan oksigen dalam aset itu dipercayai sudah habis, sekali gus mengubah fokus carian kepada mengeluarkan aset itu dari perairan ini.

Ketika ratusan anggota ᴋᴇꜱᴇʟᴀᴍᴀᴛᴀɴ ᴛᴇʀʙᴀʙɪᴛ dalam operasi mencari dan ᴍᴇɴʏᴇʟᴀᴍᴀᴛ (SAR) KRI Nanggala 402, pihak berkuasa memaklumkan, kapal buatan Jerman itu dilengkapi bekalan oksigen yang hanya bertahan untuk tiga hari sahaja selepas ia ᴛᴇʀᴘᴜᴛᴜꜱ hubungan pada Rabu lalu.

Namun, tempoh itu berakhir pada awal pagi hari ini dengan tiada tanda penemuan kapal selam terbabit bersama 53 krunya. KRI Nanggala 402 seberat 1,395 tan adalah satu daripada lima aset kapal Indonesia, hilang ketika menjalani latihan menggunakan ᴛᴏʀᴘᴇᴅᴏ di perairan Bali.

Kapal Selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 dipercayai kini dalam fasa ᴛᴇɴɢɢᴇʟᴀᴍ susulan penemuan beberapa barangan dipercayai daripada kapal selam itu termasuk kesan tumpahan minyak.

Menurut Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto, ia ditemui di permukaan sekitar kawasan pencarian.

“Pagi tadi, merupakan tempoh terakhir bekalan oksigen di Nanggala selama 72 jam.

“Angkatan Laut (AL) TNI menemukan tumpahan minyak dan serpihan sebagai bukti kukuh menunjukkan KRI Nanggala dalam fasa tenggelam,” jelasnya dalam sidang media di Bali pada Sabtu.

Sementara itu, Panglima Angkatan Laut TNI, Laksamana Yudo Margono memaklumkan serpihan-serpihan yang ditemukan terapung di perairan Bali itu diyakini dari komponen kapal selam buatan Jerman itu.

Antara yang ditemukan, pelurus tabung ᴘᴇʟᴜʀᴜ ᴛᴏʀᴘᴇᴅᴏ, paip pendingin serta botol berwarna oren ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢɪ minyak pelincir kapal selam terbabit.

“Ditemukan beberapa kepingan dan barang di sekitar lokasi terakhir kapal menyelam yang diyakini bagian komponen kapal selam.

“Ini (serpihan) ini tidak akan terapung jika tiada tekanan atau keretakan pada kapal selam itu,” katanya.

Tambahnya, tiada kapal lain berada di sekitar 10 batu nautika di kawasan pencarian selain Nanggala kata Yudo.

KRI Nanggala ʜɪʟᴀɴɢ pada Rabu lalu ketika latihan ᴍᴇɴᴇᴍʙᴀᴋ ᴛᴏʀᴘᴇᴅᴏ.

Beberapa negara ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam ᴛᴇʀʙᴀʙɪᴛ.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL