BERITA tentang ᴛʀᴀɢᴇᴅɪ yang menimpa kru kapal selam KRI Nanggala 402 merupakan satu perkhabaran ᴅᴜᴋᴀ buat seluruh rakyat Indonesia.
Baru-baru ini viral pula sebuah video mempamerkan kru kapal selam tersebut berkumpul menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai Jumpa’ beramai-ramai.
Video tersebut dikongsi oleh pelantun lagu berkenaan, Erix Soekamti menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Dalam video itu, kelihatan salah seorang kru sedang bermain gitar sementara rakan-rakan lain menyanyikan lagu tersebut sewaktu berada dalam kapal selam itu.
Menyanyi beramai-ramai, seakan menyampaikan pesanan terakhir
Berikut kami kongsikan lirik lagu ‘Sampai Jumpa’ yang dinyanyikan oleh mereka:
“Datang akan pergi
Lewat ‘kan berlalu
Ada ‘kan tiada bertemu akan berpisah
Awal ‘kan berakhir
Terbit ‘kan tenggelam
Pasang akan surut bertemu akan berpisah
Hey, sampai jumpa di lain hari
Untuk kita bertemu lagi
Kurelakan dirimu pergi
Meskipun ku tak siap untuk merindu
Ku tak siap tanpa dirimu
Kuharap terbaik untukmu”
Meneliti setiap bait lagu itu, ternyata ia seperti membawa maksud mendalam berkaitan keberadaan mereka.
Seakan satu ‘pesanan terakhir’ daripada setiap kru ingin disampaikan buat ahli keluarga, saudara mara serta insan tersayang yang menanti kepulangan mereka.
Merinding dengar lagu ni
Menjengah ke ruangan komen di perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak saat menghayati suara serta melihat reaksi setiap kru kapal selam itu.
Mana tidaknya, raut wajah setiap kru dilihat begitu gembira, sama sekali tidak menyangka akan takdir ‘terindah’ yang ditentukan oleh Tuhan buat hidup mereka.
Semoga ada keajaiban
Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang beriman
Terdahulu, media Indonesia melaporkan Kapal Selam KRI Nanggala yang membawa seramai 53 kru kapal itu dipercayai mengalami keretakan dan tenggelam sedalam 850 meter di dasar laut.
Perkara itu ditentukan apabila anggota misi pencarian menemui tumpahan minyak dan serpihan kepingan serta barang-barang peribadi seperti sejadah dari kapal selam terbabit.
Reaksi warga maya di Instagram tersebut
Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: