spot_img

PU Riz Dan Neelofa kena kompaun RM20K

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tindakan mengenakan kompaun yang tidak dibenarkan diskaun terhadap Neelofa kerana melakukan dua ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ, manakala suaminya, PU Riz hanya melakukan satu ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter ketika majlis akad nikah mereka berlangsung.

- Advertisement -

Menurutnya, pasangan suami isteri itu juga ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa mengikut subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.

“Kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang dikenakan Kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

“Semua yang terbabit akan dikeluarkan kompaun hari ini di mana jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM60,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

- Advertisement -

Justeru, katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan ᴜɴᴅᴀɴɢ-ᴜɴᴅᴀɴɢ yang masih berkuatkuasa,” katanya.

Sebelum ini, kertas ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ berhubung majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP PKPB, dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara disertakan dengan beberapa pertambahan baharu.

- Advertisement -

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di hotel di ibu negara, 27 Mac lalu.

Isu ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ SOP pada majlis itu timbul selepas gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis ᴋᴇꜱᴇʟᴀᴍᴀᴛᴀɴ Negara (MKN) tular di media sosial.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL