spot_img

Tular Kompaun RM50K Lagi. Ambillah Kedai Runcit Ni, Saya Tak Mampu Bayar

- Advertisement -

SELEPAS tular gerai burger depan rumah serta gerai menjual colek tepi jalan dikenakan kompaun RM50,000, seorang peniaga kedai runcit pula mendapat nasib yang sama.

Peniaga kedai runcit Mansah Marjurin, 47, itu dikenakan k0mpaun pada Ahad lalu bagi ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ beroperasi lebih masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ambillah kedai runcit saya sebagai ganti, saya memang tidak mampu untuk membayar kompaun sebanyak RM50,000,” demikian luahannya.

Mansah menunjukkan surat kompaun yang dikenakan.
- Advertisement -

Mansah yang berniaga kedai runcit di Jalan Chempaka, Kelantan, berkata sememangnya dia tidak mampu untuk membayar kompaun kerana bayaran rumah juga sudah tertunggak sejak tujuh bulan lalu, selain sebuah kereta ditarik pihak bank sejak PKP.

Menceritakan kejadian jam 11.40 malam ketika didatangi empat anggota polis, bapa kepada tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun itu berkata, kedai runcit miliknya sudah ditutup, namun hanya pintu kecil tidak berkunci kerana ketika itu ada saudara datang berkunjung.

Katanya, tanpa ada budi bicara dan ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ lanjut, anggota polis berkenaan terus menulis kompaun dengan jumlah RM50,000 bagi ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ beroperasi melebihi had masa dan beredar.

- Advertisement -

“Kedai saya sudah tutup, saya ada bukti CCTV (bawah). Hanya lampu sahaja menyala kerana masih ada anak saudara saya di dalam untuk mengemas. Semua pagar utama sudah ditutup.

“Saya sangat terkejut apabila didatangi empat pegawai polis dan terus ᴍᴇɴʏᴀᴍᴀɴ saya sebanyak RM50,000 dan terus beredar apabila siap ᴍᴇɴʏᴀᴍᴀɴ tanpa budi bicara,” katanya ketika ditemui di kedainya.

Mansah menunjukkan bukti dari CCTV bahawa kedainya sudah tutup.

“Memang saya sudah tutup kedai dengan semua pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai.

- Advertisement -

“Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar ᴍᴀꜱᴜᴋ, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi.

“Saya sudah jelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup, namun tetap ᴅɪꜱᴀᴍᴀɴ RM50,000,” katanya ketika ditemui hari ini.

Wajah kedai runcit dari bahagian hadapan.

Mansah yang berasal dari Bukit Tinggi, Klang mengakui sangat terkejut melihat jumlah kompaun yang dikenakan kerana pendapatannya hanya bergantung kepada jualan kedai runcit dan isteri yang tidak bekerja.

“Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum tampil membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam keadaan terkejut. Mungkin hari ini saya pergi membuat rayuan.

“Saya akan pergi ke Pejabat Daerah untuk membuat rayuan hari ini.

“Saya berharap ada pihak yang boleh dan membantu saya dalam urusan ini kerana saya memang betul-betul buntu,” katanya.

“Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti,” katanya yang tinggal di Taman Tanjung Mas, di sini.

Media semalam melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga iaitu Wan Mohd Faisal, Azizi dan Mansah termasuk seorang peniaga burger pada Ahad lalu.

Peniaga burger, Wan Mohd Faisal dikenakan kompaun RM50,000 kerana berniaga lebih masa dalam tempoh PKP.
Mohd Azizi dan isterinya, Nik Norwati dari Kampung Chekok Tengah dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa.

“Peniaga-peniaga itu akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” katanya.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL