spot_img

Warga Maya Tertanya Apa sudah Jadi Pada Bukit Sekilau

- Advertisement -

SATU ciapan telah dibuat seorang pengguna Twitter @Lord AkuStatik pada 26 April 2021 lepas selepas beliau telah menaikkan satu gambar keadaan dahulu dan sekarang Bukit Sekilau di Google Map.

Ramai pengguna twitter lain telah membalas ciapan tersebut dengan kebanyakkanya tertanya-tanya apa sudah jadi pada Bukit Sekilau?

Rata-rata melahirkan rasa tidak puas hati dengan keadaan Bukit Sekilau sekarang malah ada yang memberi gambar lucu mengenai ciapan tersebut.

- Advertisement -

Tauke balak mesti ada ilmu kata seorang warga maya

Dikaburi oleh hutan bang

- Advertisement -

Walaubagaimanapun satu laporan akhbar pernah dikeluarkan sebelum ini berkenaan isu Bukit Sekilau ini. Akhbar dari BH Online bertarikh 10 Julai 2018 memetik:

KUANTAN: Penjelasan daripada kerajaan negeri berhubung isu pembersihan kawasan hutan di Bukit Sekilau, dekat sini, sejak tahun lalu perlu disegerakan bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, selain kerja tanah yang asalnya untuk pembinaan projek perumahan, kawasan itu juga berdepan risiko pencemaran alam lain yang mengakibatkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk sekitar.

- Advertisement -

Menurutnya, mengikut ikut perancangan asal, kawasan ini berkenaan dikatakan untuk projek pembinaan rumah tetapi tiada sebarang papan tanda yang menyatakan ia sedang dilaksanakan.

“Apa yang kita nampak, ia lebih kepada kerja mengeluarkan batu daripada bukit berkenaan dan mungkin juga ada kayu balak turut dikeluarkan dari situ.

“Ini yang mendatangkan persoalan kepada kita dan penduduk sekitar. Jika betul kerja ini dibenarkan, kita nak tahu jika mereka (pemaju) ada membuat Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang diselia Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang.

“Kalau tidak ada laporan dan kelulusan EIA, maknanya mereka mungkin melakukan ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 34 Akta Alam Sekeliling 1974 dan projek ini jelas menyalahi ᴜɴᴅᴀɴɢ-ᴜɴᴅᴀɴɢ dan tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan di kawasan Bukit Sekilau, di sini, hari ini.

Chean Chung, bagaimanapun memaklumkan kerja mengeluarkan batu dan pembersihan hutan di situ sudah dihentikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Katanya, pihaknya akan meminta Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) negeri dan JAS memberi penjelasan berhubung kelulusan dikeluarkan kepada pihak pemaju sebelum ini.

“Kita nak tahu apa yang berlaku sebelum ini, bagaimana pemaju boleh menjalankan kerja di kawasan Bukit Sekilau jika tidak memenuhi kriteria ditetapkan semua agensi berkenaan.

“Walaupun pemaju sudah memberhentikan operasi, kita minta MPK mengeluarkan arahan khusus kepada pemaju untuk tidak meneruskan sebarang kerja di sini, selagi tidak mendapat kebenaran dan kelulusan daripada agensi terbabit.

“Kami juga difahamkan, kerajaan negeri menjual tanah berkenaan pada harga lebih rendah dari harga pasaran… kalau kita rujuk kepada Jabatan Penilaian Hartanah Negara, nilai tanah itu sepatutnya RM2.6 juta dan pihak pemaju memperoleh tanah berkenaan pada harga RM1.9 juta sahaja… jadi, mereka (kerajaan negeri) perlu beri penjelasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan perkara itu akan dibangkitkan dalam sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung bulan ini.

Ditanya mengenai kemungkinan syarikat pemaju perumahan itu dimiliki individu berpengaruh di negeri ini, Chean Chung enggan mengulas lanjut, namun tidak menolak kemungkinan berlaku campur tangan daripada pihak yang mempunyai kepentingan di Pahang.

ADUN Semambu, Lee Chean Chung (dua dari kanan) menunjukkan kawasan hutan Bukit Sekilau yang diterokai secara ʜᴀʀᴀᴍ. – Foto Zulkepli Osman

Demikian laporan yang dipetik dari akhbar BH Online.

Reaksi dari warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL